UNIT AMAL W.PERSEKUTUAN BUAT LAPORAN POLIS

 

KUALA LUMPUR (Isnin) 19 November 2007 – Seramai 11 orang anggota Unit Amal DPPWP telah hadir ke Balai Polis Tun H.S Lee petang tadi bagi membuat satu laporan kepada pihak polis berhubung tindakan pihak polis di IPKKL merampas pakaian rasmi  yang dipakai oleh 10 anggota Unit Amal Malaysia yang ditahan ketika Himpunan 100 [...]

RUMAH ANGGOTA UNIT AMAL PAHANG TERBAKAR

 

 (anggota bomba memadamkan kebakaran)
 

(Pengarah Unit Amal Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar bertanyakan sesuatu kepada seorang anggota bomba) 

 (Rumah mangsa yang hampir siap)
 

(Setiausaha Unit Amal Pahang, Johari Abd Wahid menyampaikan sumbangan)
 
Kuantan (Jumaat) 16hb November 2007 – Satu Kebakaran telah berlaku di Kampung Belukar Batu 3 1/2 Jalan Gambang, Kuantan Pahang melibatkan sebuah rumah yang disewa oleh seorang anggota Unit Amal kawasan [...]

10 ANGGOTA UNIT AMAL MALAYSIA YANG DITAHAN

   

Seramai 10 orang anggota Unit Amal Malaysia telah ditahan oleh pihak polis pada Himpunan Rakyat anjuran BERSIH 10 November lalu. Kesemua mereka yang ditahan itu ialah Mohd Zad b. Abdullah (W.Persekutuan), Nawi b. Abdullah (Pahang), Mohamad b. Arifin (Pahang), Ishak b. Osman (Kedah), Taib b. Abdullah (Kedah), Abi Salam b. Ariffin (Kedah), Mohd [...]

SAYA DIDATANGI SB DAN PEGAWAI BERPANGKAT ASP

oleh : M.S Abu Sahid (Setiausaha Unit Amal W.Persekutuan)
===============================================
Catatan Mohd Zad Abdullah (anggota Unit Amal W.Persekutuan yang ditahan polis pada Himpunan BERSIH yang lalu)
10 Nov 2007 
Selepas memberi taklimat kepada petugas Unit Amal dibawah saya sekitar pukul 11.15 pagi, kami mula bergerak ke lokasi kami iaitu Kompleks Sogo untuk mengambil posisi tugas masing-masing. Saya meminta petugas. [...]

RAKAMAN MEDIA SEPANJANG HIMPUNAN RAKYAT ANJURAN BERSIH

klik butang play ditengah untuk mainkan video….
Laporan wartawan Al-Jazeera insiden yang berlaku di Masjid Jamek

Himpunan BERSIH : video dari Masjid Jamek

Himpunan BERSIH : video dari Masjid Negara

Himpunan BERSIH : video di Istana Negara

Himpunan BERSIH : video pimpinan hantar memo [...]

LAGI PENGHARGAAN KEPADA UNIT AMAL BERHUBUNG HIMPUNAN 10 NOV

Petikan komen dari Harakahdaily
Kagumnya…
Dihantar oleh Amirul Amir, on 13-11-2007 14:22
Allahu Akbar. Subhanallah. Betapa kagumnya saya dengan anda semua yang telah menjayakan himpunan BERSIH. Tabik “spring” kepada petugas Unit Amal yang berjaya mengendalikan keselamatan para “demonstrator” dengan baik sekalipun saudara sekelian tanpa senjata menghadapi “musuh” dan “barua” UMNO/BN yang lengkap dengan pelbagai senjata. Kepada pimpinan [...]

PRESIDEN PAS RAKAM TAHNIAH BUAT PETUGAS JAYAKAN 10 NOV

Oleh ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS
 
Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan dan fahaman politik, yang telah turun berama-ramai untuk menjayakan Himpunan Aman BERSIH pada hari Sabtu 10 [...]

PENGHARGAAN UNTUK UNIT AMAL

Assalamu’alaikum… kepada semua sahabat2 Unit Amal.. petikan tulisan2 daripada beberapa blog yang menghargai sumbangan Unit Amal last weekend..
Beramal Kerana Allah.
* Sunday, November 11, 2007 *
Tabik hormat kepada Unit Amal

Dalam Perhimpunan Aman Rakyat BERSIH semalam, selain dibanjiri warna kuning berupa pakaian dan tshirt yang digunakan oleh para peserta himpunan, kita tidak dapat lepas pandang pada [...]

HIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT: TAHNIAH KEPADA SELURUH UNIT AMAL YANG TERLIBAT

       
SAYA mewakili seluruh anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Unit Amal seluruh Malaysia yang telah sama-sama membantu menjayakan Himpunan 100 ribu rakyat yang dianjurkan oleh BERSIH semalam. 
Rata-rata saya dapati, ramai anggota-anggota Unit Amal yang hadir kebanyakannya anak-anak muda yang mungkin masih bersekolah dan ada juga yang telah berumur. Mungkin atas [...]

UNIT AMAL PAS TERPAKSA ‘REMPUH’ SEKATAN FRU

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) – Perhimpunan aman rakyat anjuran Gabungan pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bermula tengah hari ini iaitu selepas selesai solat Zohor, menyaksikan pasukan Unit Amal Malaysia (tentera merah) sebagai ‘jaguhnya’.