IJTIMAK JABATAN AMAL NEGERI KEDAH 2008

 
oleh : Zaidi Mohd Nor (Setiausaha Jabatan Amal Negeri Kedah)
GUAR CHEMPEDAK 26 JANUARI – Lebih 80 orang ahli unit amal dari seluruh negeri Kedah menyertai Ijtimak Unit Amal yang diadakan di Sekolah Integrasi Faizin di sini. Majlis yang mengumpulkan wakil-wakil ahli unit amal dari 11 kawasan itu telah dirasmikan oleh Sdr Sanusi Mohd Noor, Bendahari [...]

JABATAN AMAL NEGERI KEDAH PERKENAL KADET REMAJA

 

oleh : Zaidi Mohd Nor (Setiausaha Jabatan Amal Negeri Kedah)
Dalam usaha mencari pelapis bagi unit amal, Jabatan Amal Negeri Kedah telah memperkenalkan kadet unit amal di sekolah-sekolah agama rakyat.

UNIT AMAL PULAU PINANG ANJUR JAMBORI 3 HARI DI BALIK PULAU

BALIK PULAU, 28 Januari (Hrkh) – Unit Amal Pulau Pinang akan berkampung selama tiga hari di Parlimen Balik Pulau untuk menjayakan program Jambori Amal kali ke-4 pada 8, 9 dan 10 Februari akan datang, kata Setiausahanya Baharin Ahmad.

CATATAN BERTUGAS UNTUK HIMPUNAN AMAN ANJURAN PROTES DI KLCC

 

Dr Hatta & Tian Chua sedang minum sambil membuat sidang media sebelum ditangkap

Unit Amal DPPWP & Srikandi menunggu diluar pagar IPK sehingga pukul 12.54 pagi untuk mengetahui perkembangan tahanan.

Peguam memberikan penerangan berhubung mereka yang ditahan

Peguam membawa masuk makanan untuk yang dibeli oleh penyokong yang hadir untuk diberikan [...]

ANAK PENOLONG SETIAUSAHA JABATAN AMAL NEGERI KEDAH MENINGGAL DALAM KEMALANGAN

 

AL-FATIHAH
 

Pada 15 Januari lalu, satu kemalangan jalanraya telah mengakibatkan seorang anak Penolong Setiausaha Jabatan Amal Negeri Kedah Sdr Mohd Aziz Kasim (gambar)meninggal dunia. Kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 10 malam di Padang Kulim ketika Allahyarham,  Mohd Farizan Mohd Aziz bersama dua orang rakannya dalam perjalanan ke Tembak.

UNIT AMAL PERAK SERTAI PAS BUKIT GANTANG DEKATI MASYARAKAT

 

 
oleh : Azuan Ismail (S/u Unit Amal Perak)
BUKIT GANTANG 13 Januari 2008 – Unit Amal Kawasan bersama Nisa’ Bukit Gantang sekali lagi turun bersama masyarakat di DUN Trong untuk program Kacau Bubur As-Syura yang diadakan di Kampung Tengah Trong.

KETUA PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA BERSAMA UNIT AMAL SELANGOR LAWAT KELUARGA SHARLINIE, EDAR POSTER

 

 oleh : Azri Mohamad Arish
PETALING JAYA, 15 Januari 2008 – Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom (gambar)bersama seramai hampir 50 anggota Unit Amal negeri Selangor telah meluangkan masa melawat keluarga Sharlinie di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.

OPERASI KEDUA UNIT AMAL DPPWP EDAR POSTER SYARLINIE

 

KUALA LUMPUR 12 Januari 2007 – Bagi menyambung edaran poster adik Syarlinie yang dibuat di Masjid Kg Baru semalam, Unit Amal DPPWP sekali lagi turun untuk operasi kedua mengedarkan poster tersebut kepada orang ramai. Diketuai oleh Pengarah

UNIT AMAL DPPWP EDAR POSTER ADIK SYARLINIE

 

 

KUALA LUMPUR – Bagi menyahut seruan Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat diikuti seruan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi, Unit Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini telah turun ke Masjid Kg Baru, Kuala Lumpur bagi mengedarkan poster kehilangan adik Syarlinie Mohd Nashar yang hilang dan [...]

KANAK-KANAK HILANG : UNIT AMAL AKAN KERAH USAHA MENCARI

 
KUALA LUMPUR – Ekoran dari laporan akhbar Harian Metro hari ini, Jabatan Amal Malaysia akan mengerahkan anggota Unit Amal bagi membantu mengesan adik Sharlinie Mohd Nashar dengan menjejaki di kawasan yang berdekatan dengan lokasi tempat dilapor hilang sambil mengedar poster kepada orang.
Seperti kes yang berlaku keatas Allahyarham Adik Nurin Jazlin, Jabatan Amal Malaysia tidak mahu ianya [...]