UNIT AMAL PULAU PINANG ANJUR JAMBORI 3 HARI DI BALIK PULAU
![]()
BALIK PULAU, 28 Januari (Hrkh) - Unit Amal Pulau Pinang akan berkampung selama tiga hari di Parlimen Balik Pulau untuk menjayakan program Jambori Amal kali ke-4 pada 8, 9 dan 10 Februari akan datang, kata Setiausahanya Baharin Ahmad.
Jelas beliau, tujuan utama jambori kali ini untuk memantapkan jentera pilihan raya umum di samping merapatkan hubungan sesama ahli.

“Unit Amal Pulau Pinang akan berjambori di Dusun Pak Sharif, Teluk Kumbar iaitu dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bayan Lepas bagi melatih jentera pilihan raya serta memupuk semangat jati diri sebagai sebuah pasukan berunifom,” terangnya.
Program yang akan dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Noordin itu bakal diisi dengan berbagai program seperti khidmat masyarakat, pertandingan ikatan, derma darah, pertandingan khemah, pertandingan nasyid serta taklimat Alternatif Riding Club (ARC) oleh bekas juara Cup Prix Malaysia, Yaser Said.Sehubungan itu, beliau menyeru semua kawasan menghantar peserta seramai mungkin untuk melatih golongan yang baru berjinak-jinak dengan Unit Amal.
“Dewan Pemuda PAS Kawasan seluruh Pulau Pinang kena memastikan semua pemuda hadir terutamanya anak ahli yang kadang-kadang dilamar Putera Umno,” katanya. - mns
=========================================================

No Comments
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment






