IJTIMAK JABATAN AMAL NEGERI KEDAH 2008
![]()





oleh : Zaidi Mohd Nor (Setiausaha Jabatan Amal Negeri Kedah)
GUAR CHEMPEDAK 26 JANUARI - Lebih 80 orang ahli unit amal dari seluruh negeri Kedah menyertai Ijtimak Unit Amal yang diadakan di Sekolah Integrasi Faizin di sini. Majlis yang mengumpulkan wakil-wakil ahli unit amal dari 11 kawasan itu telah dirasmikan oleh Sdr Sanusi Mohd Noor, Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.
Program tersebut dipenuhi beberapa aktiviti antaranya, sesi motivasi diberi nama ‘Penggerak Jiwa’ disampaikan oleh Ustaz Ahmad Yahya, Timbalan Ketua Pemuda Kedah. Sebelum berehat untuk makan tengahari dan solat zohor, peserta mengikuti sesi LDK yang mana resolusi mengenai penambahbaikan kualiti dan kuantiti Unit Amal dan masalah yang dihadapi mendapat reaksi memberangsangkan semua peserta.

Majlis diakhiri dengan acara penutup yang disempurnakan oleh Ustaz Zainal Asri Romli, Naib Ketua DPPNK yang mencetus semangat baru para peserta yang tentunya ternanti-nanti ‘Tarbiyyah ‘Ashkari’ yang beliau bercita-cita untuk adakan khas untuk ahli-ahli Unit Amal. Program tamat jam 5-30 petang.
sila klik disini untuk lihat gambar-gambar lain
=========================================================
No Comments
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment







