PELANCARAN UNIT AMAL KETEREH
![]()
sumber : http://amalkelate.wordpress.com/
KETEREH 16 JANUARI - Lebih 40 orang ahli unit amal dari Kawasan Ketereh telah menghadiri pelancaran dan taklimat Unit Amal peringkat Kawasan Ketereh bertempat di Pejabat PAS Kawasan di sini. Majlis yang mengumpulkan ahli unit amal dari 3 DUN iaitu Melor, Kadok dan Kok Lanas itu telah dirasmikan oleh Sdr Muhammad Hafiz Bin Musa, Pengarah Jabatan Amal Kelantan dan turut hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut Nik Mahadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Ketereh dan Muhammad Hanif Wan Ahmad, Setiausaha Jabatan Amal.

Program tersebut merupakan program teras Jabatan Amal Kelantan bagi tahun 2008 untuk menarik lebih ramai ahli dikalangan belia untuk menyertai unit amal. Sejurus selepas perasmian tersebut beliau berkata “Kursus-kursus asas seperti kawad, pertolongan cemas, menyelam, menyelamat dan sebagainya akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan unit amal setiap kawasan mempunyai kemahiran serta dapat memberi pertolongan dan bantuan dalam apa jua keadaan geografi.”
“Unit Amal harus memperbanyakkan kerja-kerja amal / kemasyarakatan bagi menaikkan imej unit amal dimata masyarakat sebagai badan beruniform yang beramal kerana Allah dalam membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya.
=========================================================
No Comments
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment







