MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH (ALP) YANG PERTAMA JABATAN AMAL DPPP SESI 07/09 & ROMBAKAN ALP

 

Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal DPPP sesi 2007 / 2009

draf alp pusat 07-09

KUALA LUMPUR (Sabtu) 21 JULAI 07  –  Jabatan Amal DPPP telah mengadakan mesyuarat yang pertama selepas Muktamar PAS Pusat yang lalu untuk sesi 2007/09. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Markas Tarbiyyah PAS Taman Melewar dan dimulakan pada pukul 9.00 malam.

Mesyuarat ALP pada kali ini telah melakukan rombakan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang mana gabungan daripada orang baru & lama telah dipilih oleh Ketua Pengarah iaitu Ustaz Jamsari Marsom untuk terus memimpin Jabatan Amal DPPP ini dengan lebih baik.

Pada awalnya mesyuarat yang pertama ini ingin menemukan pengarah-pengarah Jabatan Amal negeri serta ALP dengan YB Ketua Pemuda PAS Pusat Sdr Salahuddin Ayob untuk beramah mesra serta berbincang dengan YB Salahuddin tentang apakah peranan, kelemahan dan hala tuju Unit Amal untuk berkhidmat untuk masyarakat. Malangnya YB Salahuddin tidak dapat hadir kerana beliau terpaksa menziarahi ibu beliau yang sedang sakit.

Oleh yang demikian, mesyuarat pada kali ini diteruskan juga dan perbincangan yang diambil perhatian ialah berkaitan muhasabah Muktamar, Jambori Kebangsaan dan tumpuan kebajikan kepada masyarakat. Mesyuarat berakhir pada pukul 1.55 pagi.

1 Comment

  1. tak best kono tambah lai.takpo den submit input.kkkk


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s