UNIT AMAL PAHANG ANJUR JAMBORI NEGERI YANG KE 10

amal pahang 

 

jambori pahang  perasmian

kawad  derma darah

motivasi  cat pondok sekolah

nasyid  sumbangan 1

sumbangan 2

 

KUANTAN (Ahad) 22 Julai – Unit Amal PAhang telah menganjurkan Jambori Negeri buat kali yang ke 10 untuk tahun 2007 ini. Jambori tersebut telah diadakan selama tiga hari dua malam bermula pada 20 Julai – 22 Julai bertempat di Motel Tanjung Gelang, Pantai Balok, Kuantan. Jambori ini telah dirasmikan oleh pengarah Unit Amal Pahang iaitu Ustaz Rosli Jabar.

Menurut laporan yang diberikan seramai 397 orang peserta daripada kalangan remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menyertai jambori ini. Pada jambori kali ini, selain diadakan pertandingan kawad, sepak raga bulatan, lompat jauh, nasyid dan sajak, Unit Amal Pahang juga menganjurkan gotong-royong membersih kubur serta sekolah, menziarahi rumah fakir miskin sambil memberi sumbangan dan menyertai kempen derma darah yang dibuat dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan yang dijemput hadir.

Untuk pengisian rohani pula, diadakan kuliah Maghrib dan Subuh serta diadakan ceramah motivasi dan ceramah anti dadah yang dikhususkan kepada remaja-remaja tersebut untuk memberi pengetahuan supaya berwaspasda terhadap pengaruh negatif akibat gejala sosial yang semakin hebat sekarang ini.

Dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, diharap ianya menjadi pencetus semangat kepada anggota-anggota Unit Amal Pahang supaya terus bergerak untuk menegakkan syiar Islam.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s