UNTI AMAL W.PERSEKUTUAN BANTU SUKAN TAHUNAN PASTI W.PERSEKUTUAN

amal wp 

 

 

 

    

KUALA LUMPUR (Ahad) 29 JULAI 07 – Lazimnya setiap tahun Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan mengadakan acara sukan tahunan samada di peringkat pusat, negeri atau kawasan. Pada kali ini PASTI W.Persekutuan mengadakan acara sukan tahunan bertempat di padang Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ini kerana Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai telah menjadi tuan rumah untuk acara sukan Ini.

Unit Amal DPPWP diminta membantu mengawal pelajar-pelajar ketika berlangsungnya sukan tersebut selain menyediakan peralatan-peralatan permainan. Selain dari itu, pemuda PAS Kawasan Lembah PAntai juga memainkan peranan dalam memastikan acara sukan ini berjalan dengan lancar. Selain daripada itu satu kaunter pendaftaran pemilih baru telah dibuka oleh Unit Amal Kawasan Titiwangsa untuk mendaftar nama pengundi baru untuk pilihanraya umum yang akan datang.

Perasmian sukan PASTI kali ini telah dibuat oleh Ybhg Ustaz Dr Azhar Yaakob selaku Yang Dipertua PAS Lembah Pantai. Dalam perasmian beliau, Ybhg Ustaz Dr Azhar Yaakob telah menyarankan agar seluruh pengurusan PASTI dapat mengikuti sistem pendidikan yang dibuat oleh kerajaan Kelantan terhadap sekolah-sekolah dibawah Yayasan Islam Kelantan.

Dalam acara sukan tahunan ini, PASTI Ar-Rasyidin telah menjadi juara dengan memenangi banyak acara yang dipertandingkan. Dalam majlis penyampaian hadiah pula, pengarah Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS W.Persekutuan antara tetamu yang dipilih untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s