ANAK TIMBALAN KETUA PENGARAH 1 UNIT AMAL PUSAT KEMBALI KE RAHMATULLAH

BATU PAHAT (Isnin) 3 September 2007 –  Anak Timbalan Pengarah 1 Jabatan Amal Malaysia DPPP, Sdr Juhari Usman telah kembali kerahmatullah pada sekitar jam 3.oo petang tadi di Hospital Johor Bharu.

Allahyarham Mujahid bin Juhari, 4 tahun yang telah lama menderita penyakit bermula pada umur 2 tahun telah menghembuskan nafas yang terakhir setelah doktor mengesahkan keadaan Allahyarham yang tidak dapat diselamatkan. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan selepas solat Maghrib dibantu oleh Unit Amal Johor yang diketuai pengarahnya Norkhalim Hj Sakib.

Menurut Juhari, walaupun redha diatas pemergian anaknya, sedikit sebanyak beliau berasa terkilan juga kerana pada ketika beliau menghantar anaknya di Hospital Batu Pahat, terdapat kesilapan yang dilakukan oleh pihak hospital yang mana telah memasukkan air yang berlebihan ke dalam tubuh anaknya sehingga berlaku jangkitan kuman dan pihak hospital mengarahkan supaya dibawa ke Hospital Johor Bharu untuk rawatan pakar.

Beliau yang telah mengorbankan banyak masa berulang-alik dari Johor ke Hospital Klang, Selangor diawal mulanya Allahyarham menghidap penyakit 2 tahun yang lalu akhirnya redha diatas ketentuan Ilahi walaupun berlaku kesilapan pihak hospital yang telah disebutkan.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah 3 dan KSU mewakili  Jabatan Amal Malaysia DPP Pusat dan beberapa ALP Unit Amal Wilayah Persekutuan telah menziarahi Juhari Usman dirumah keluarga beliau di Batu Pahat sambil menghulurkan sumbangan daripada YB Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat dan sumbangan dari Dewan Pemuda PAS Pusat.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s