UNIT AMAL DAN JAWATANKUASA PAS PERAK BANTU MANGSA BANJIR KILAT

BAGAN SERAI, 12 Sept. (Hrkh) – Pasukan Unit Amal PAS Perak bersama Ahli Jawatankuasa PAS di sini telah mengadakan lawatan mengejut dan menyampaikan sumbangan bantuan segera berupa barangan keperluan dapor berjumlah RM5,000 kepada 500 orang keluarga mangsa banjir kilat yang melanda kawasan ini dan sekitarnya semalam.

Banjir terbaru yang disebabkan hujan lebat setiap hari sebelumnya itu dikatakan “kurang bahaya” daripada banjir yang berlaku pada tahun 2004 lalu yang melibatkan 1,000 orang, termasuk kerugian harta benda, yang melempah melalui atas Ampang Bukit Merah melebihi 30 kaki dalamnya.

Dalam lawatan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa yang mengetuai pasukan Amal telah melawat dan menyampaikan bantuan barangan makanan dapor seperti beras, minyak masak, gula, tepong dan ikan bilis i kampung yang terlibat termasuk Kg. Bukit Merah, Pokok Tanjong, Kg. Alor Pongsu dan di pusat tinggal sementara Sekolah Kebangsaan Haji Dahalan dekat sini.

“Kami berpuas hati kerana telah dapat menyampaikan bantuan kepada setiap keluarga yang terlibat sama ada yang telah berada di pusat sementara ataupun yang masih berada di rumah yang kurang terjejas,” katanya.

Katanya, wang pembelian bantuan tersebut adalah dari Tabung Kebajikan PAS Perak dan Kawasan Bagan Serai dan ia diharapkan dapat menampung keperluan kecemasan bahan makanan sementara menunggu cuaca baik dan cerah. – mns

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s