BRAINSTORMING JABATAN AMAL MALAYSIA

klik butang dibawah untuk lihat foto & video

 

KUALA LUMPUR (Ahad) 15 September 2007 – Jabatan Amal Malaysia DPPP telah menganjurkan satu brainstorming untuk semua Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Amal negeri dan Pusat di pejabat agong PAS Jalan Raja Laut. Brainstorming ini merupakan yang ketiga diadakan selepas penjenamaan semula Jabatan Amal Generasi Ke-2 (GEN-2) yang diadakan di Kelantan pada Januari 2006 dan yang kedua diadakan di Melaka sekitar Mei 2006.

Pada kali ini brainstorming yang diadakan ini tidak lain khusus untuk penambahbaikan Jabatan Amal Malaysia DPPP dan Jabatan Amal Negeri memandangkan struktur organisasi peringkat pusat dan negeri telah mengalami perubahan selepas muktamar PAS Pusat yang lalu.

Seramai 53 orang wakil dari negeri-negeri yang telah hadir terdiri daripada Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kedah, Perak dan Perlis manakala Melaka, Kelantan, Sabah dan Sarawak tidak menghantar wakil. Walaubagaimanapun, segala aktiviti yang diaturkan dalam brainstorming kali ini telah berjalan dengan sebaiknya.

Setiausaha DPPP, Sdr Ahmad Sabki Yusuf telah dijemput untuk memberikan penerangan berhubung fungsi Unit Amal dalam PAS. Dengan penerangan selama 2 jam yang disampaikan, seluruh wakil negeri telah dapat memahami fungsi Unit Amal sebagai jabatan yang ditubuhkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat adalah untuk menjalankan kerja sukarelawan disamping berkhidmat untuk masyarakat.

 

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s