TAMRIN & BRAINSTORMING UNIT AMAL SELANGOR

SEPANG (Isnin) 1 OKTOBER 2007 – Satu program tamrin dan brainstorming Unit Amal Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada 29 & 30 September 2007 di pondok Bustanul Arifin yang pada asalnya hendak diadakan di Pulau Anser, Kuala Selangor.

Program ini diadakan adalah bertujuan hendak menarik minat ramai peserta menyertai Unit Amal. Memandangkan program ini diadakan ketika umat Islam berpuasa, maka lokasi program yang dicadangkan dibuat di Pulau Anser beralih ke Pondok Bustanul Arifin.

Dalam program ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Solihin Mukhyi telah memberikan ucapan dengan penuh semangat selama 2 jam sambil memberikan pandangan serta tazkirah kepada semua peserta. Selain daripada itu, satu kertas kerja telah dibentangkan oleh beliau yang bertajuk “Jihad & Unit Amal” telah mendapat perhatian semua peserta yang hadir. Para peserta telah melontarkan beberapa kemusykilan dan telah dijawab dan dihurai oleh Ustaz Solihin Mukhyi khusus berkaitan cara bagi menggerakkan Unit Amal itu sendiri.

Selain daripada itu, Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Ustaz Jamsari Marsom turut dijemput memberikan pengisian serta mengingatkan peserta berhubung elemen parti bagi menggerakkan organisasi Unit Amal dengan jayanya berasaskan kefahaman anggota dengan konsep beramal kerana Allah.

Seramai 14 kawasan daripada 22 kawasan telah hadir dalam program ini dan harapan telah disampaikan kepada ketua-ketua penyelaras agar dapat komit serta menyampaikan amanat kepada anak-anak buah dikawasan masing-masing.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s