UNIT AMAL PAHANG MENYAMPAIKAN SUMBANGAN RAYA KEPADA ANAK-ANAK PERANTAUAN YANG PULANG KE KAMPUNG

KUANTAN (Rabu) 10 OKTOBER 2007 – Menjelang Hari Raya Aidilfitri pada 13 Oktober ini, Unit Amal Pahang telah mengadakan satu program beramah mesra sambil menyampaikan sumbangan raya kepada anak-anak perantauan yang ingin pulang ke kampung di Terminal Bas Makmur, Kuantan.

Program yang dibuat bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan dan Kawasan Paya Besar turut serta meraikan mereka dengan menyampaikan sumbangan air minuman, makanan ringan serta kad ucapan Aidilfitri.

Selain daripada itu Perutusan Aidilfitri daripada Mursyidul Am PAS YB Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta risalah Lajnah Penerangan PAS Pusat turut diedarkan. Sebanyak 300 sumbangan dan risalah telah disampaikan kepada penumpang, pemandu bas serta tidak ketinggalan kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertugas. Disamping itu sesi doa selamat juga diadakan bersama penumpang dan pemandu bas agar selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara PAS dan masyarakat melalui Unit Amal yang sentiasa ingin mendekatkan diri dengan masyarakat.

Program yang bermula pada jam 10.30 malam dan berakhir jam 12.30 pagi ini disertai 16 orang anggota Unit Amal Pahang yang diketuai oleh Ustaz Sharuddin Mohamad selaku Timbalan Pengarah Unit Amal Pahang merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuantan serta Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan.

 

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s