UNIT AMAL W.PERSEKUTUAN BUAT LAPORAN POLIS

 

KUALA LUMPUR (Isnin) 19 November 2007 – Seramai 11 orang anggota Unit Amal DPPWP telah hadir ke Balai Polis Tun H.S Lee petang tadi bagi membuat satu laporan kepada pihak polis berhubung tindakan pihak polis di IPKKL merampas pakaian rasmi  yang dipakai oleh 10 anggota Unit Amal Malaysia yang ditahan ketika Himpunan 100 Ribu rakyat anjuran BERSIH 10 November lalu.

Continue reading

RUMAH ANGGOTA UNIT AMAL PAHANG TERBAKAR

 

 (anggota bomba memadamkan kebakaran)

 

(Pengarah Unit Amal Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar bertanyakan sesuatu kepada seorang anggota bomba) 

 (Rumah mangsa yang hampir siap)

 

(Setiausaha Unit Amal Pahang, Johari Abd Wahid menyampaikan sumbangan)

 

Kuantan (Jumaat) 16hb November 2007 – Satu Kebakaran telah berlaku di Kampung Belukar Batu 3 1/2 Jalan Gambang, Kuantan Pahang melibatkan sebuah rumah yang disewa oleh seorang anggota Unit Amal kawasan Kuantan, Pahang musnah.

Menurut maklumat dari mangsa kebakaran  Sdr. Roslan b Hj . Mohamad,  kebakaran berlaku pada jam 3.30 petang sewaktu beliau berada diluar rumah. Semasa kejadian isteri beliau bersama 6 orang anaknya yang berada dalam rumah sempat menyelamatkan diri manakala 2 orang lagi anak beliau sedang berada di sekolah sesi petang. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Beliau sekeluarga tinggal sehelai sepinggang kerana kebakaran yang mengambil masa sekitar 20 minit telah menyebabkan segala harta benda beliau tidak dapat diselamatkan. Anggaran kerugian beliau adalah sebanyak RM 50,000.00 termasuk tempahan perabut yang baru siap. Selain daripada menjual ikan serta membuat perabut secara kecil-kecilan beliau juga merupakan Siak di Masjid Al-Fatah Batu 3 Kuantan.

Ekoran kejadian yang menimpa Sdr Roslan itu, beberapa anggota Unit Amal Pahang yang diketuai pengarahnya Ustaz Rosli Abd Jabar telah bergegas melawat mangsa dirumahnya yang terbakar itu sambil menghulurkan sumbangan pendahuluan bagi meringgankan beban yang ditanggung mangsa. Menurut Sdr Roslan, beliau terpaksa menyewa rumah tersebut sementara menunggu rumah kepunyaan beliau sendiri yang masih dalam pembinaaan yang mana hampir 60% rumah kepunyaan beliau telah pun siap.

Bagi meringankan beban mangsa, Unit Amal Pahang memohon jasa baik kepada para dermawan agar dapat menghulurkan sumbangan kepada mangsa dan keluarga. Segala sumbangan bolehlah di salurkan kepada Unit Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang – No Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (06019010070049). 

Sumbangan hendaklah  dimaklum kepada Sdr. Johari b Abdul Wahid selaku Setiausaha Unit Amal Pahang di talian 013-9844767.

10 ANGGOTA UNIT AMAL MALAYSIA YANG DITAHAN

   

Seramai 10 orang anggota Unit Amal Malaysia telah ditahan oleh pihak polis pada Himpunan Rakyat anjuran BERSIH 10 November lalu. Kesemua mereka yang ditahan itu ialah Mohd Zad b. Abdullah (W.Persekutuan), Nawi b. Abdullah (Pahang), Mohamad b. Arifin (Pahang), Ishak b. Osman (Kedah), Taib b. Abdullah (Kedah), Abi Salam b. Ariffin (Kedah), Mohd Nazrin b. Mohd Nasir (Kedah), Syafie b. Ismail (Kedah), Yahya Mohd Nor (Terengganu) dan Fauzi Awang (Terengganu).

 Daripada laporan yang diberikan, mereka ditahan oleh pihak polis adalah bertujuan untuk memastikan tugasan yang diberikan kepada mereka bagi mengawal keamanan himpunan tersebut gagal. Walaupun dibebaskan pada pukul 10.30 malam hari yang sama, kesemua anggota Unit Amal yang ditahan itu dikehendaki melaporkan diri ke Balai Polis Dang Wangi pada 10 Disember 2007 nanti. 

Sehubungan dengan itu, Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat ingin memohon daripada semua para pencinta keadilan agar dapat menghulurkan sumbangan kepada 10 anggota Unit Amal yang ditahan ini bagi menampung kos perbelanjaan pengangkutan mereka untuk hadir melaporkan diri ke Balai Polis Dang Wangi bulan hadapan. Selain daripada itu Jabatan Amal Malaysia juga memerlukan sumbangan untuk terus memperkasakan organisasi agar seluruh anggota Unit Amal Malaysia dapat memberikan perkhidmatan serta melaksanakan kebajikan kepada masyarakat. 

Sumbangan tuan/puan bolehlah dimasukkan kedalam akaun Jabatan Amal Malaysia yang baru diwujudkan seperti berikut : 

JABATAN AMAL MALAYSIA DPPP                       

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)  :  140-14010-133-669 

Segala makluman tentang sumbangan bolehlah dimaklumkan kepada : 

1) Mohd Hafiz b. Musa  (Pengarah Kewangan)  :   019-9817327

2) Mohd Shahraini Abu Sahid (Setiausaha)        :   013-2449849  

Sekian, terima kasih.   

MOHD SHAHRAINI ABU SAHID

Setiausaha Jabatan Amal Malaysia

Dewan Pemuda PAS Pusat.

SAYA DIDATANGI SB DAN PEGAWAI BERPANGKAT ASP

oleh : M.S Abu Sahid (Setiausaha Unit Amal W.Persekutuan)

===============================================

Catatan Mohd Zad Abdullah (anggota Unit Amal W.Persekutuan yang ditahan polis pada Himpunan BERSIH yang lalu)

10 Nov 2007 

Selepas memberi taklimat kepada petugas Unit Amal dibawah saya sekitar pukul 11.15 pagi, kami mula bergerak ke lokasi kami iaitu Kompleks Sogo untuk mengambil posisi tugas masing-masing. Saya meminta petugas. Kami tiba di Sogo sekitar pukul 11.45pagi. Kemudian kami berkumpul dihadapan Sogo sebagai isyarat kepada peserta lain bahawa kami berada disitu. 

Lebih kurang pukul 12.30 tgh, kami didatangi seorang pegawai berpangkat ASP meminta kami supaya bersurai dari situ jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan. Saya kemudian mengarahkan sahabat-sahabat saya dan anggota Unit Amal lain bersurai seketika sebelum tiba waktu yang ditetapkan.  

Continue reading

RAKAMAN MEDIA SEPANJANG HIMPUNAN RAKYAT ANJURAN BERSIH

klik butang play ditengah untuk mainkan video….

Laporan wartawan Al-Jazeera insiden yang berlaku di Masjid Jamek

Himpunan BERSIH : video dari Masjid Jamek

Himpunan BERSIH : video dari Masjid Negara

Himpunan BERSIH : video di Istana Negara

Himpunan BERSIH : video pimpinan hantar memo kepada wakil YDP Agong

Himpunan BERSIH : video di stesen LRT Jalan Raja Laut.

Temuramah Al-Jazeera dengan Anwar Ibrahim

Himpunan BERSIH : laporan berita BERNAMA bahasa cina

LAGI PENGHARGAAN KEPADA UNIT AMAL BERHUBUNG HIMPUNAN 10 NOV

Petikan komen dari Harakahdaily

Kagumnya…
Dihantar oleh Amirul Amir, on 13-11-2007 14:22
Allahu Akbar. Subhanallah. Betapa kagumnya saya dengan anda semua yang telah menjayakan himpunan BERSIH. Tabik “spring” kepada petugas Unit Amal yang berjaya mengendalikan keselamatan para “demonstrator” dengan baik sekalipun saudara sekelian tanpa senjata menghadapi “musuh” dan “barua” UMNO/BN yang lengkap dengan pelbagai senjata. Kepada pimpinan yang hadir dan meredah kesulitan, anda PEMIMPIN SEJATI dan TULIN. Kepada sekelian Muslimin yang turut serta di dalam himpunan tersebut, kekalkan semangat dan naluri cintakan KEADILAN dan KETELUSAN. Kepada Muslimat, kamu semua SRIKANDI Agung yang jauh panggang dari api berbanding dengan Puteri ‘Lilin” UMNO yang hanya gah tak bertempat. Kepada warga emas yang sama-sama mengembeling tenaga, tahniah, anakanda bangga dengan sikap yang ditunjukkan sebagai bapa kepada remaja dan pelapis kepimpinan. Teruskan semangat kebangkitan dan ketelusan agar PAS/KeADILan dan komponen BA akan dapat menumbangkan BN yang merompak hak dan kesejahteraan rakyat dalam PRU yang semakin hampir nanti. InsyaAllah. Takbir! Takbir! Takbir!

 

Unit Amal
Dihantar oleh Rantisi_kl, on 13-11-2007 14:13
Tahniah khusus pada Unit Amal Malaysia
Good job.. 
Beramal kerana ALlah… 
Allahuakbar!

 

HIDUP RAKYAT!!!
Dihantar oleh FARHANA, on 13-11-2007 08:10
SYABAS DAN TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA…KAGUM DENGAN SEMANGAT KENTAL DAN PASUKAN UNIT AMAL YANG SEGAK BERBAJU MERAH SEPERTI SANG PAHLAWAN YANG GAGAH PERKASA!!TAKBIIIRRR!!!!

 

BERSIH,Gambar & persoalan Copyright
Dihantar oleh Cowboy Kampung, on 12-11-2007 20:53
Tahniah kepada pemimpin PAS, petugas-petugas unit amal, dan juga wartawan, jurugambar dan penggerak Harakahdaily yang telah bertungkus lumus dengan gigih memimpin, menggerak,mempromosi , dan menjayakan perhimpunan rakyat aman 10 November anjuran BERSIH. Syabas dan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. 
 
Sebagai seorang aktivis Parti KeADILan Rakyat, saya tabik dan bangga dengan komitmen dan semangat setiakawan yang tidak berbelah bagi daripada pemimpin dan ahli-ahli PAS dan juga kakitangan Harakahdaily dalam usaha menjayakan program perhimpunan 10 November ini. Kecekapan dan profesionalisme anggota-anggota Unit Amal mengawal dan menyelia perhimpunan menjadi buah mulut dikalangan peserta-peserta perhimpunan yang terdiri dikalangan pelbagai peringkat umur dan kaum. Syabas, terima kasih dan tahniah sekali lagi. 

 

Tahniah
Dihantar oleh alan, on 13-11-2007 09:17
tahniah utk peserta BERSIH. terima-kasih kpd Unit Amal, saya berkira dgn strategi berdisiplin dan etika dr Unit Amal melicinkan lagi perjalanan perhimpunan. salute to all peserta and Unit Amal..

 

PRESIDEN PAS RAKAM TAHNIAH BUAT PETUGAS JAYAKAN 10 NOV

Oleh ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR

Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS

 

Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan dan fahaman politik, yang telah turun berama-ramai untuk menjayakan Himpunan Aman BERSIH pada hari Sabtu 10 November, 2007 yang lalu.

 

 

 

Continue reading

PENGHARGAAN UNTUK UNIT AMAL

Assalamu’alaikum… kepada semua sahabat2 Unit Amal.. petikan tulisan2 daripada beberapa blog yang menghargai sumbangan Unit Amal last weekend..

Beramal Kerana Allah.

* Sunday, November 11, 2007 *

Tabik hormat kepada Unit Amal

Dalam Perhimpunan Aman Rakyat BERSIH semalam, selain dibanjiri warna kuning berupa pakaian dan tshirt yang digunakan oleh para peserta himpunan, kita tidak dapat lepas pandang pada pakaian seragam berwarna merah (maroon) yang digunakan oleh pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS. Mungkin kalau saya yang mengulas, ianya nampak macam berta sebelah (itu kerja Zainuddin Maidin). Berikut saya turunkan ulasand ari salah seorang Blogger Malaysia yang ternama iaitu Sdr Jeff Ooi di dalam lamannya Screenshots http://www.jeffooi.com/

Beliau menulis:

The unsung heroes were the brigade in maroon, the Unit Amal Malaysia organised by PAS. They were there to maintain crowd discipline, to detect agent provocateurs, and to clear up the rubbish after the rally was over

Wira (pada hari tersebut) adalah Unit Amal Malaysia briged yang berpakian serba merah bawah tajaan PAS. Mereka berada di sana untuk mengawal disiplin para peserta serta mengesan mana-mana ansir yang cuba mencetuskan ketegangan, dan selepas perhimpuna berkahir, mereka juga bertugas mengutip sampah-sarap yang ditinggalkan.

Syabas anak-anak muda kita, tabik hormat kepada anda semua. Roslan SMS

===================================================

Bila Para Pembela Abdullah Bangkit Dengan Kebodohannya
Petikan daripada Blog Merah Tinta MSO Laman M@RHAEN


TIDAK dapat dinafikan himpunan raksasa 100,000 rakyat kelamrin telah memberi pukulan hebat kepada kerajaan Abdullah Ahmad Badawi. Himpunan itu menjadi satu phobia dan menganggui minda kerajaan Abdullah. Hari ini di Parlimen beberapa ahli Parlimen termasuk Menteri yang menjadi boy Abdullah bangkit membela Abdullah dan menempelak pihak penganjur himpunan berkenaan.

……………………….

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Amal Malaysia yang diberi tugas mengawal keselamatan dan menjamin himpunan berada dalam keadaan aman damai. Saya lihat antara Unit Amal dan pasukan polis jauh berbeza. Unit Amal benar-benar menunjukkan sifat amal dan diplomasi mereka pada perhimpunan berkenaan.

Intergriti, disiplin dan semangat unit ini lebih tinggi dan mulia daripada sesetengah puak di dalam pasukan keselamatan pada himpunan berkenaan yang bertindak macam anjing mengejar kelinci putih yang jinak.

Sekali lagi tahniah dan syabas kepada anda Unit Amal. Ada gurauan beberapa orang pahlawan himpunan tersebut (yang termakan budi dengan unit itu); katanya kalau suatu hari nanti pembangkang mengambil alih kerajaan kelak, biarlah negara ini diaman dan dikawal oleh Unit Amal Malaysia dan bukannya oleh polis sisa-sisa peninggalam Abdul Rahim Noor itu. Aduh… senaknya perut!

Sumber:  Blog Merah Tinta MSO

12.11.2007 (M@RHAEN – Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)

======================================================

Respon Berita Hrkhdaily : Unit Amal PAS terpaksa ‘rempuh’ sekatan FRU

1) tahniah dan terima kasih dari kami
Dihantar oleh ahismail83, on 11-11-2007 17:42
sekalung tahniah buat unit amal 

2) UNIT AMAL bukan PAS!
Dihantar oleh burhanuddin, on 11-11-2007 13:36
Saya hendak nyatakan disini Unit Amal Yang bertugas di perhimpunan BERSIH menjalankan tanggungjawabnya sebagai NGO untuk melindungi Perhimpunan oleh BERSIH. Unit Amal NGO UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA!!

3)  unit amal power
Dihantar oleh ali, on 11-11-2007 12:45
saya lihat aksi rempuhan tu di tv singapore..unit amal mmg gagah..walaupun fru siap dgn perisai halang tp trkial2-kial diaorang nak halang smngat unit amal tu

4)  Tahniah
Dihantar oleh Demo Aman, on 11-11-2007 11:10
Strategi demo yang baik dan mendapat sokongan rakyat dan pertolongan Allah (Tentera Hujan)

5)  Ucapan tahniah
Dihantar oleh Ilias Abu Bakar, on 10-11-2007 23:52
Tahniah kepada Unit Amal Malaysia kerana berjaya mengawal keadaan, syabas. Buktikan bahawa kita boleh mengawal keadaan walaupun menghadapi berbagai dugaan mendatang.

 6)  Unit Amal Pas amat professional
Dihantar oleh kakiayam, on 10-11-2007 20:10
Would like to comment that the Unit Amal Pas has been very professional throughout our walk from Central Market to Istana. 

They are not emotional, and they do not panic. They did their best to control the crowd and the traffic which ensures us a smooth and safe walk.  
 
To all those in Unit Amal Pas, SYABAS!

7)  tahniah
Dihantar oleh mael, on 10-11-2007 19:48
good job unit amal… 
 
and the ladies (srikandi) look very nice in their clothes… 
 
hehe

=========================================================

Respon tulisan Setiausaha Unit Amal W.P di tranungkite.net

Re: Tahniah kepada seluruh Unit Amal yang terlibat (Score: 1)
by amranyasin on Monday, November 12 @ 06:56:58 MYT
(User Info | Send a Message)
Hebat unik ini … boleh saya tahu bagaimana cara nak menyertainya.

Re: Tahniah kepada seluruh Unit Amal yang terlibat (Score: 1)
by sementoji on Monday, November 12 @ 18:06:52 MYT
(User Info | Send a Message)
tahniah buat unit amal…….kerja kerana ALLAH dan bukan kerana duit. semoga ALLAH yang membalas budi anda

HIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT: TAHNIAH KEPADA SELURUH UNIT AMAL YANG TERLIBAT

       

SAYA mewakili seluruh anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Unit Amal seluruh Malaysia yang telah sama-sama membantu menjayakan Himpunan 100 ribu rakyat yang dianjurkan oleh BERSIH semalam. 

Rata-rata saya dapati, ramai anggota-anggota Unit Amal yang hadir kebanyakannya anak-anak muda yang mungkin masih bersekolah dan ada juga yang telah berumur. Mungkin atas tarbiyyah dan bimbingan yang diberikan oleh pengarah-pengarah negeri saya dapati mereka bersemangat untuk membantu menjayakan himpunan tersebut. 

Dalam himpunan yang berlangsung semalam, pihak BERSIH telah mengutus surat melalui email bulan lepas kepada Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Ustaz Jamsari Marsom meminta supaya Unit Amal dapat bertugas sebagai keselamatan dalam himpunan 100 ribu rakyat. Ustaz Jamsari telah meminta pengarah Unit Amal Wilayah Persekutuan , Saripuddin Mohd Yatim mengambil peranan berkenaan tugasan tersebut memandangkan Unit Amal Wilayah Persekutuan merupakan tuan rumah bagi himpunan tersebut. Apa yang perlu dilakukan oleh pengarah Unit Amal Wilayah Persekutuan ialah mendapatkan khidmat bantuan anggota daripada seluruh anggota Unit Amal Malaysia yang ada untuk membantu menjadi petugas keselamatan.  

Walaupun pada peringkat awalnya kami dari Unit Amal Wilayah Persekutuan bimbang jika kehadiran Unit Amal seluruh Malaysia yang hadir tidak mencapai sasaran yang diharapkan atau mungkin dihalang oleh pihak polis ternyata kebimbangan kami telah dibuktikan dengan kehadiran anggota yang telah dilaporkan oleh pengarah-pengarah negeri sebelum ini walaupun ada diantara mereka tiba lewat iaitu pada pagi 10 November semalam. Namun dengan kecekapan pengarah-pengarah negeri menyusun anggota seterusnya menyampaikan taklimat seperti yang telah diberikan oleh kami Unit Amal Wilayah Persekutuan selaku tuan rumah, semua petugas Unit Amal negeri-negeri dapat menerima arahan daripada kami dengan patuhnya. 

Kami juga berasa kesal dengan tindakan tidak bertamadun pihak polis yang menahan anggota Unit Amal pada himpunan semalam dan menyemburkan gas pemedih mata kepada peserta himpunan juga mengenai pengarah Unit Amal Wilayah Persekutauan, Saripuddin Mohd Yatim ketika berada di Masjid Jamek.Telah dibuktikan bahawa himpunan tersebut dilaksanakan dengan aman dan tiada provokasi yang dilakukan oleh peserta. Kejadian yang berlaku di Masjid Jamek semalam bukanlah bermula daripada peserta tetapi pihak polislah yang memulakan provokasi tersebut. Ini berikutan pengawasan yang dilakukan oleh anggota Unit Amal telah berjaya mengawal peserta-peserta dari melakukan provokasi. Walaupun Unit Amal yang ditahan semalam dibebaskan pada pukul 10.00 malam tadi, kami meminta supaya pihak polis tidak mendakwa mereka ini.

Akhir sekali, saya mewakili Unit Amal Wilayah Persekutuan mengucapkan tahniah dengan komitmen dan kepatuhan yang ditunjukkan oleh anggota-anggota Unit Amal negeri-negeri yang telah membantu bertungkus-lumus walaupun dalam keadaan cuaca yang hujan lebat. Mudah-mudahan Allah s.w.t membalas ganjaran kepada semua anggota Unit Amal yang terlibat dengan mengikut setiap titik air hujan yang turun membasahi baju serta seluar anggota Unit Amal sekelian. 

Sekian,  

M.S Abu Sahid

Setiausaha

Unit Amal Wilayah Persekutuan

UNIT AMAL PAS TERPAKSA ‘REMPUH’ SEKATAN FRU

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) – Perhimpunan aman rakyat anjuran Gabungan pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bermula tengah hari ini iaitu selepas selesai solat Zohor, menyaksikan pasukan Unit Amal Malaysia (tentera merah) sebagai ‘jaguhnya’.

Continue reading