UNIT AMAL PAS TERPAKSA ‘REMPUH’ SEKATAN FRU

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) – Perhimpunan aman rakyat anjuran Gabungan pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bermula tengah hari ini iaitu selepas selesai solat Zohor, menyaksikan pasukan Unit Amal Malaysia (tentera merah) sebagai ‘jaguhnya’.

Pasukan tersebut yang berbaju Tshirt merah hati dengan semangat jitu berjaya merempuh sebuah trak water canon yang menghala kepada orang ramai yang berkumpul di stesen LRT Masjid Jamek.

Walaupun dengan dianggotai kira-kira dua puluh ahli mereka berjaya memasuki ke persimpangan Jalan Sultan Abdul Samad dan Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk menuju ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun rempuhan mereka yang dibentuk ala aksi permainan rugby dihadang oleh pasukan FRU yang bersiap sedia mengawal di kawasan berkenaan.

Ketika itu kumpulan tersebut yang masih utuh dengan pembentukan kumpulannya ditendang oleh anggota FRU. Mereka terus dikepung dan terhenti di situ.

Dalam keadaan kelam kabut dan hujan pula lebat pasukan polis menghalau pihak media dan orang ramai yang berada di persekitaran situ.

Ketika ini orang ramai berlari semula ke stesen LRT kerana semburan gas pemedih mata di hala kepada mereka.

Laungan takbir dan ucapan Lailahalillah terus bergema.

Penulis dan beberapa rakan media lain yang berada di kaki lima Bank HSBC turut terkena semburan gas tersebut.

Sementara itu Ketua Unit Amal Malaysia, Jamsari Mat Som mendakwa dua orang daripada kumpulan tersebut ditahan polis iaitu Muhamad Zat dari Wilayah Persekutuan dan Nawawi Ludin dari Kuantan, Pahang.

Dalam pada itu perhimpunan rakyat yang menuntut pilihan raya bersih menyaksikan gerombolan gelombang kuning menjadi kenyataan.

Bahkan persekitaran Masjid Jamek sesak dengan lautan manusia sejak awal tengah hari.

Tidak kira lelaki dan perempuan malah ada yang membawa anak ke perhimpunan itu yang boleh dimasukkan dalam lipatan sejarah negara.

Kesesakan tersebut juga berlaku di dalam Masjid Jamek apabila masuk saja waktu solat Zohor.

Pasukan polis dan Unit dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal di segenap penjuru kawasan tersebut.

Jalan di ibu kota juga sesak kerana beberapa jalan utama seperti Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan LRT Putra dan Star di Stesyen Masjid Jamek ditutup. – mr<!––>

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s