PENGHARGAAN UNTUK UNIT AMAL

Assalamu’alaikum… kepada semua sahabat2 Unit Amal.. petikan tulisan2 daripada beberapa blog yang menghargai sumbangan Unit Amal last weekend..

Beramal Kerana Allah.

* Sunday, November 11, 2007 *

Tabik hormat kepada Unit Amal

Dalam Perhimpunan Aman Rakyat BERSIH semalam, selain dibanjiri warna kuning berupa pakaian dan tshirt yang digunakan oleh para peserta himpunan, kita tidak dapat lepas pandang pada pakaian seragam berwarna merah (maroon) yang digunakan oleh pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS. Mungkin kalau saya yang mengulas, ianya nampak macam berta sebelah (itu kerja Zainuddin Maidin). Berikut saya turunkan ulasand ari salah seorang Blogger Malaysia yang ternama iaitu Sdr Jeff Ooi di dalam lamannya Screenshots http://www.jeffooi.com/

Beliau menulis:

The unsung heroes were the brigade in maroon, the Unit Amal Malaysia organised by PAS. They were there to maintain crowd discipline, to detect agent provocateurs, and to clear up the rubbish after the rally was over

Wira (pada hari tersebut) adalah Unit Amal Malaysia briged yang berpakian serba merah bawah tajaan PAS. Mereka berada di sana untuk mengawal disiplin para peserta serta mengesan mana-mana ansir yang cuba mencetuskan ketegangan, dan selepas perhimpuna berkahir, mereka juga bertugas mengutip sampah-sarap yang ditinggalkan.

Syabas anak-anak muda kita, tabik hormat kepada anda semua. Roslan SMS

===================================================

Bila Para Pembela Abdullah Bangkit Dengan Kebodohannya
Petikan daripada Blog Merah Tinta MSO Laman M@RHAEN


TIDAK dapat dinafikan himpunan raksasa 100,000 rakyat kelamrin telah memberi pukulan hebat kepada kerajaan Abdullah Ahmad Badawi. Himpunan itu menjadi satu phobia dan menganggui minda kerajaan Abdullah. Hari ini di Parlimen beberapa ahli Parlimen termasuk Menteri yang menjadi boy Abdullah bangkit membela Abdullah dan menempelak pihak penganjur himpunan berkenaan.

……………………….

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Amal Malaysia yang diberi tugas mengawal keselamatan dan menjamin himpunan berada dalam keadaan aman damai. Saya lihat antara Unit Amal dan pasukan polis jauh berbeza. Unit Amal benar-benar menunjukkan sifat amal dan diplomasi mereka pada perhimpunan berkenaan.

Intergriti, disiplin dan semangat unit ini lebih tinggi dan mulia daripada sesetengah puak di dalam pasukan keselamatan pada himpunan berkenaan yang bertindak macam anjing mengejar kelinci putih yang jinak.

Sekali lagi tahniah dan syabas kepada anda Unit Amal. Ada gurauan beberapa orang pahlawan himpunan tersebut (yang termakan budi dengan unit itu); katanya kalau suatu hari nanti pembangkang mengambil alih kerajaan kelak, biarlah negara ini diaman dan dikawal oleh Unit Amal Malaysia dan bukannya oleh polis sisa-sisa peninggalam Abdul Rahim Noor itu. Aduh… senaknya perut!

Sumber:  Blog Merah Tinta MSO

12.11.2007 (M@RHAEN – Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)

======================================================

Respon Berita Hrkhdaily : Unit Amal PAS terpaksa ‘rempuh’ sekatan FRU

1) tahniah dan terima kasih dari kami
Dihantar oleh ahismail83, on 11-11-2007 17:42
sekalung tahniah buat unit amal 

2) UNIT AMAL bukan PAS!
Dihantar oleh burhanuddin, on 11-11-2007 13:36
Saya hendak nyatakan disini Unit Amal Yang bertugas di perhimpunan BERSIH menjalankan tanggungjawabnya sebagai NGO untuk melindungi Perhimpunan oleh BERSIH. Unit Amal NGO UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA!!

3)  unit amal power
Dihantar oleh ali, on 11-11-2007 12:45
saya lihat aksi rempuhan tu di tv singapore..unit amal mmg gagah..walaupun fru siap dgn perisai halang tp trkial2-kial diaorang nak halang smngat unit amal tu

4)  Tahniah
Dihantar oleh Demo Aman, on 11-11-2007 11:10
Strategi demo yang baik dan mendapat sokongan rakyat dan pertolongan Allah (Tentera Hujan)

5)  Ucapan tahniah
Dihantar oleh Ilias Abu Bakar, on 10-11-2007 23:52
Tahniah kepada Unit Amal Malaysia kerana berjaya mengawal keadaan, syabas. Buktikan bahawa kita boleh mengawal keadaan walaupun menghadapi berbagai dugaan mendatang.

 6)  Unit Amal Pas amat professional
Dihantar oleh kakiayam, on 10-11-2007 20:10
Would like to comment that the Unit Amal Pas has been very professional throughout our walk from Central Market to Istana. 

They are not emotional, and they do not panic. They did their best to control the crowd and the traffic which ensures us a smooth and safe walk.  
 
To all those in Unit Amal Pas, SYABAS!

7)  tahniah
Dihantar oleh mael, on 10-11-2007 19:48
good job unit amal… 
 
and the ladies (srikandi) look very nice in their clothes… 
 
hehe

=========================================================

Respon tulisan Setiausaha Unit Amal W.P di tranungkite.net

Re: Tahniah kepada seluruh Unit Amal yang terlibat (Score: 1)
by amranyasin on Monday, November 12 @ 06:56:58 MYT
(User Info | Send a Message)
Hebat unik ini … boleh saya tahu bagaimana cara nak menyertainya.

Re: Tahniah kepada seluruh Unit Amal yang terlibat (Score: 1)
by sementoji on Monday, November 12 @ 18:06:52 MYT
(User Info | Send a Message)
tahniah buat unit amal…….kerja kerana ALLAH dan bukan kerana duit. semoga ALLAH yang membalas budi anda

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s