LAGI PENGHARGAAN KEPADA UNIT AMAL BERHUBUNG HIMPUNAN 10 NOV

Petikan komen dari Harakahdaily

Kagumnya…
Dihantar oleh Amirul Amir, on 13-11-2007 14:22
Allahu Akbar. Subhanallah. Betapa kagumnya saya dengan anda semua yang telah menjayakan himpunan BERSIH. Tabik “spring” kepada petugas Unit Amal yang berjaya mengendalikan keselamatan para “demonstrator” dengan baik sekalipun saudara sekelian tanpa senjata menghadapi “musuh” dan “barua” UMNO/BN yang lengkap dengan pelbagai senjata. Kepada pimpinan yang hadir dan meredah kesulitan, anda PEMIMPIN SEJATI dan TULIN. Kepada sekelian Muslimin yang turut serta di dalam himpunan tersebut, kekalkan semangat dan naluri cintakan KEADILAN dan KETELUSAN. Kepada Muslimat, kamu semua SRIKANDI Agung yang jauh panggang dari api berbanding dengan Puteri ‘Lilin” UMNO yang hanya gah tak bertempat. Kepada warga emas yang sama-sama mengembeling tenaga, tahniah, anakanda bangga dengan sikap yang ditunjukkan sebagai bapa kepada remaja dan pelapis kepimpinan. Teruskan semangat kebangkitan dan ketelusan agar PAS/KeADILan dan komponen BA akan dapat menumbangkan BN yang merompak hak dan kesejahteraan rakyat dalam PRU yang semakin hampir nanti. InsyaAllah. Takbir! Takbir! Takbir!

 

Unit Amal
Dihantar oleh Rantisi_kl, on 13-11-2007 14:13
Tahniah khusus pada Unit Amal Malaysia
Good job.. 
Beramal kerana ALlah… 
Allahuakbar!

 

HIDUP RAKYAT!!!
Dihantar oleh FARHANA, on 13-11-2007 08:10
SYABAS DAN TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA…KAGUM DENGAN SEMANGAT KENTAL DAN PASUKAN UNIT AMAL YANG SEGAK BERBAJU MERAH SEPERTI SANG PAHLAWAN YANG GAGAH PERKASA!!TAKBIIIRRR!!!!

 

BERSIH,Gambar & persoalan Copyright
Dihantar oleh Cowboy Kampung, on 12-11-2007 20:53
Tahniah kepada pemimpin PAS, petugas-petugas unit amal, dan juga wartawan, jurugambar dan penggerak Harakahdaily yang telah bertungkus lumus dengan gigih memimpin, menggerak,mempromosi , dan menjayakan perhimpunan rakyat aman 10 November anjuran BERSIH. Syabas dan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. 
 
Sebagai seorang aktivis Parti KeADILan Rakyat, saya tabik dan bangga dengan komitmen dan semangat setiakawan yang tidak berbelah bagi daripada pemimpin dan ahli-ahli PAS dan juga kakitangan Harakahdaily dalam usaha menjayakan program perhimpunan 10 November ini. Kecekapan dan profesionalisme anggota-anggota Unit Amal mengawal dan menyelia perhimpunan menjadi buah mulut dikalangan peserta-peserta perhimpunan yang terdiri dikalangan pelbagai peringkat umur dan kaum. Syabas, terima kasih dan tahniah sekali lagi. 

 

Tahniah
Dihantar oleh alan, on 13-11-2007 09:17
tahniah utk peserta BERSIH. terima-kasih kpd Unit Amal, saya berkira dgn strategi berdisiplin dan etika dr Unit Amal melicinkan lagi perjalanan perhimpunan. salute to all peserta and Unit Amal..

 

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s