RUMAH ANGGOTA UNIT AMAL PAHANG TERBAKAR

 

 (anggota bomba memadamkan kebakaran)

 

(Pengarah Unit Amal Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar bertanyakan sesuatu kepada seorang anggota bomba) 

 (Rumah mangsa yang hampir siap)

 

(Setiausaha Unit Amal Pahang, Johari Abd Wahid menyampaikan sumbangan)

 

Kuantan (Jumaat) 16hb November 2007 – Satu Kebakaran telah berlaku di Kampung Belukar Batu 3 1/2 Jalan Gambang, Kuantan Pahang melibatkan sebuah rumah yang disewa oleh seorang anggota Unit Amal kawasan Kuantan, Pahang musnah.

Menurut maklumat dari mangsa kebakaran  Sdr. Roslan b Hj . Mohamad,  kebakaran berlaku pada jam 3.30 petang sewaktu beliau berada diluar rumah. Semasa kejadian isteri beliau bersama 6 orang anaknya yang berada dalam rumah sempat menyelamatkan diri manakala 2 orang lagi anak beliau sedang berada di sekolah sesi petang. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Beliau sekeluarga tinggal sehelai sepinggang kerana kebakaran yang mengambil masa sekitar 20 minit telah menyebabkan segala harta benda beliau tidak dapat diselamatkan. Anggaran kerugian beliau adalah sebanyak RM 50,000.00 termasuk tempahan perabut yang baru siap. Selain daripada menjual ikan serta membuat perabut secara kecil-kecilan beliau juga merupakan Siak di Masjid Al-Fatah Batu 3 Kuantan.

Ekoran kejadian yang menimpa Sdr Roslan itu, beberapa anggota Unit Amal Pahang yang diketuai pengarahnya Ustaz Rosli Abd Jabar telah bergegas melawat mangsa dirumahnya yang terbakar itu sambil menghulurkan sumbangan pendahuluan bagi meringgankan beban yang ditanggung mangsa. Menurut Sdr Roslan, beliau terpaksa menyewa rumah tersebut sementara menunggu rumah kepunyaan beliau sendiri yang masih dalam pembinaaan yang mana hampir 60% rumah kepunyaan beliau telah pun siap.

Bagi meringankan beban mangsa, Unit Amal Pahang memohon jasa baik kepada para dermawan agar dapat menghulurkan sumbangan kepada mangsa dan keluarga. Segala sumbangan bolehlah di salurkan kepada Unit Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang – No Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (06019010070049). 

Sumbangan hendaklah  dimaklum kepada Sdr. Johari b Abdul Wahid selaku Setiausaha Unit Amal Pahang di talian 013-9844767.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s