UNIT AMAL W.PERSEKUTUAN BUAT LAPORAN POLIS

 

KUALA LUMPUR (Isnin) 19 November 2007 – Seramai 11 orang anggota Unit Amal DPPWP telah hadir ke Balai Polis Tun H.S Lee petang tadi bagi membuat satu laporan kepada pihak polis berhubung tindakan pihak polis di IPKKL merampas pakaian rasmi  yang dipakai oleh 10 anggota Unit Amal Malaysia yang ditahan ketika Himpunan 100 Ribu rakyat anjuran BERSIH 10 November lalu.

Rombongan Unit Amal DPPWP yang diketuai oleh pengarahnya Saripuddin Mohd Yatim tiba di balai polis tersebut pada jam 2.50 petang. Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk memastikan pakaian rasmi Unit Amal yang diambil oleh pihak polis tidak digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan Unit Amal seperti insiden individu membakar bendera Malaysia yang berlaku di Batu Burok, Terengganu 8 September lalu.

Saripuddin yang juga Timbalan Ketua Pengarah 3 Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat berharap agar pihak polis menyerahkan semula pakaian rasmi Unit Amal tersebut yang diambil dari 7 orang anggota Unit Amal Malaysia yang terdiri daripada 4 orang anggota dari Unit Amal Kedah, 2 orang anggota dari Unit Amal Pahang dan seorang dari Unit Amal Wilayah Persekutuan. 

Menurut Saripuddin lagi, Unit Amal DPPWP telah mendapatkan khidmat nasihat Lajnah Guaman PAS Pusat berhubung hasrat melapor kepada pihak polis untuk mendapatkan kembali pakaian rasmi tersebut dan sekiranya pihak polis tidak memulangkan kembali pakaian tersebut, Unit Amal DPPWP akan berbincang dengan Lajnah Guaman PAS Pusat untuk mengambil tindakan menyaman pihak polis jika perlu. Ini kerana berdasarkan undang-undang, pihak polis tidak ada hak menyimpan harta benda orang awam setelah ia dibebaskan dari tahanan polis.

 

Setiausaha Amal WP

2 Comments

  1. Mereka tidak berhak ‘mencuri’ harta milik rakyat. Ini menimbulkan rasa tidak hormat rakyat kepada Polis. Tambah lagi pada masa tersebut Unit Amal telah memainkan peranan cemerlang menjaga tatatertib dan juga keselamatan peserta Himpunan.

  2. Terima Kasih kepada Jai kerana membela Unit Amal. Kami laksanakan tugas mengikut arahan dan kami mahu semua masyarakat tahu bahawa Unit Amal akan sentiasa bersama rakyat tak kira bangsa apa sekalipun. Ini semua adalah tuntutan Islam.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s