50 SUKARELAWAN UNIT AMAL JOHOR BANTU MANGSA BANJIR PAHANG

 

TEMERLOH – Seramai 50 orang sukarelawan Unit Amal Johor telah berlepas ke Temerloh, Pahang bagi membantu mangsa-mangsa banjir dinegeri tersebut yang dilanda Continue reading

Advertisements

UNIT AMAL KERAH TENAGA BERSIHKAN KESAN BANJIR

 

RANTAU PANJANG, 26 Dis (Hrkh) – Kalau di Acheh pada Disember 2004, sukarelawan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) paling awal tiba bagi menyelamatkan mangsa-mangsa tsunami, manakala di Malaysia, Unit Amal turut memainkan peranan yang serupa.

Sayap kanan kepada Dewan Pemuda PAS itu turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di Johor tahun lepas. Dan baru-baru ini Unit Amal juga mengerah keringat membantu mangsa banjir di Kelantan.

Anggota Unit Amal Kelantan meredah arus deras bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir bersama wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat.

Continue reading

RAYUAN SUMBANGAN

Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang perihatin khususnya kepada yang tidak terlibat dengan bencana banjir agar dapat menghulurkan sumbangan Continue reading

MISI BANTUAN BANJIR UNIT AMAL SELANGOR DI TEMERLOH DAN MARAN

Satu pasukan misi bantuan banjir daripada Unit Amal Selangor telah turun memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Maran dan Temerloh Pahang pada 15 dan 16 Disember lalu. Dengan membawa 2 buah bot, peralatan mencuci serta sumbangan dari orang ramai telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang dikatakan terbesar sejak 26 tahun lalu.  

Continue reading

BANJIR DI PAHANG, PAS DAN UNIT AMAL DAHULUI PIHAK LAIN

Oleh fezuljengka

Ketika pihak media mendedahkan kononnya penglibatan pihak NGO dalam membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Negara pada tahun ini sangat berkurangan berbanding  di Johor tahun lepas, PAS dan sukarelawannya dari Pasukan Unit Amal yang telah terkenal dengan jolokan Tentera Merah mendahului pihak-pihak lain menghulurkan bantuan kepada seluruh mangsa banjir tanpa mempedulikan latar belakang pegangan politik.

Continue reading

MOHAMAD SABU DAN 16 YANG LAIN DIBEBASKAN DENGAN IKAT JAMIN

 

 

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) – Setelah menunggu hampir 12 jam di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, akhirnya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu bersama 16 yang lain telah dibebaskan dengan ikat jamin pada jam 9.30 malam tadi.

Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, masing-masing telah dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Gobalakrishnan dikenakan ikat jamin sejumlah RM3,000.

Selain itu dua orang yang didakwa telah dikenakan ikat jamin sejumlah RM1,000 memandang mereka masih di bawah umur, masing-masing berumur di antara 16 dan 17 tahun manakala bakinya dikenakan ikat jamin sejumlah RM2,000 seorang.

Kesemua ikat jamin berjumlah RM39,000 telah dibayar secara tunai di kaunter ikat jamin di pejabat pendaftar mahkamah B1 jam 8.00 malam.

Turut hadir sama Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi; Anuar Tahir,Ronnie Liu (DAP) dan para penyokong sekitar 50 orang beserta puluhan wartawan.

Sebelum itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail telah memohon supaya mahkamah menolak permohonan ikat jamin daripada para peguam Orang Kena Tuduh (OKT) dengan alasan kesalahan yang mereka lakukan adalah serius.

Namun setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak termasuk Peguam PAS, Hanipa Maidin yang mewakili Mohamad Sabu dan 10 yang lain, Peguam DK Ganesan (Gobalakrishnan) dan Ranjeet Singh (Tian Chua), Hakim Rozana Ali Yusoff menolak permohonan Ghani tersebut dan telah memberi keputusan kira-kira jam 7.15 malam tadi.

Bagaimanapun, kesemua 17 yang dibebaskan dengan ikat jamin akan dibicarakan pada 11 hingga 13 Februari tahun hadapan.

Kes yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen 2 itu bermula agak lewat kira-kira jam 4.31 petang memandangkan Ghani Patail sedang melakukan pendakwaan terhadap kes yang berbeza di Mahkamah Sesyen 1 berhubung kes penangkapan 5 peguam dan 4 aktivis yang melakukan perarakan di pusat membeli belah Sogo menuju ke bangunan Bar Council sempena Program Festival Hari Hak Asasi Manusia semalam. – mks.

(Untuk berita selanjutnya akan disiarkan di keluaran Harakah akan datang terbitan 16 Disember – 31 Disember)

 —————————————————————————————–

(Nota : 6 orang daripada 16 orang yang dibebaskan merupakan anggota Unit Amal. 5 darinya merupakan anggota Unit Amal Kedah dan 1 daripada Unit Amal W.Persekutuan)

VIDEO-VIDEO SEKITAR HARI PERBICARAAN HJ MOHAMAD SABU, PESERTA DAN UNIT AMAL YANG DITAHAN SEMASA HIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT

Berikut merupakan rakaman video catatan saya semasa hari perbicaraan Naib Presiden PAS Hj Mohamad Sabu, Tian Chua, Gobalakrishnan, peserta dan Unit Amal yang ditahan semasa Himpunan 100 ribu rakyat anjuran BERSIH 10 November lalu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta 11 Disember 2007 bermula dari 9.00 pagi berakhir 9.30 malam.

VIDEO 1

8 orang anggota Unit Amal dari Pahang, Kedah dan W.Persekutuan yang baru tiba di mahkamah pada pkl 9.00 pagi

 

 

VIDEO 2

Keadaan di lobi mahkamah yang dipenuhi pimpinan PAS dan KEADILAN, penyokong yang hadir serta peguam yang akan membela mereka yang terlibat

VIDEO 3

 

Dr Zulkifli Ahmad, TanSri Khalid Ibrahim dan Dr Syed Azman Syed Nawawi berbual-bual dengan anggota Unit Amal dari Kedah yang kena tahan.

 

 

VIDEO 4

Ketua Pemuda PAS Pusat YB Salahudin Ayub berbual-bual dgn petugas Unit Amal yang kena tahan.

 

 

VIDEO 5

Perbicaraan yang diadakan terlalu lewat kerana Ghani Patail sedang melakukan pendakwaan terhadap kes yang berbeza di Mahkamah Sesyen 1 berhubung kes penangkapan 5 peguam dan 4 aktivis yang melakukan perarakan di pusat membeli belah Sogo menuju ke bangunan Bar Council sempena Program Festival Hari Hak Asasi Manusia semalam telah berakhir sekitar pkl 7.15mlm.

VIDEO 6

Berlaku sedikit kekecohan serta tidak puas hati apabila hakim memaklumkan bahawa boleh menjamin OKT dengan wang tunai kerana bank sudah tutup tetapi bahagian daftar penjamin tidak mahu menerima wang jaminan secara tunai. Akhirnya setelah lama merayu, jaminan boleh dibuat pada keesokan hari dengan syarat perlu ada individu yang mencagar harta seperti geran tanah dll. Akhirnya seorang peguam cina dari Majlis Guaman telah berjasa kerana beliau sanggup menggunakan bon syarikatnya utk menjamin OKT agar mereka dapat dibebaskan malam itu juga.

 

 

VIDEO 7

Dr Hatta Ramli memberi taklimat kepada para penyokong yang sudi menjadi penjamin kepada tahanan.

 

 

VIDEO 8

Hj Mohamad Sabu & OKT yang lain dibawa ke kaunter daftar penjamin mengambil butir-butir diri. 

VIDEO 9

Kelihatan Gobalakrishnan dan Tian Chua sdg minum air manakala Hj Mohamad Sabu sedang menjamu nasi bungkus di dalam tempat daftar penjamin disebabkan kelaparan setelah menunggu dengan agak lama perbicaraan.

 

 

VIDEO 10

Ucapan terakhir dari 3 orang pimpinan parti BA kepada para penyokong dan media sebelum pulang meninggalkan mahkamah pada pkl 9.30mlm