LIMA AKTIVIS PAS PERAK TURUT DITAHAN BERSAMA MOHAMAD SABU

IPOH, 10 Dis (Hrkh) – Lima orang aktivis PAS dari Perak turut ditahan di Ipoh dan dibawa ke Balai Polis Seberang Perai Selatan sewaktu mereka cuba mempertahankan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu daripada ditahan oleh pihak polis.

Mereka yang ditahan, Bendahari PAS Perak, Haji Abdul Rahim Md. Arif; Pengarah Unit Amal Negeri Perak, Zamarul Aini Abd Malek (gambar), Ketua Pemuda PAS Tambun, Zairul Azrun Zainal Abidin; Ahli Jawatankuasa Unit Amal Negeri, Bunyamin Yamin dan aktivis PAS kawasan Tambun, Mat Lazim Osman.

zamarulaini

Mereka ditahan di depan Sunway Lagoon Ipoh ketika pihak polis mengepung kenderaan Mohamad Sabu dan rombongannya yang baru sahaja menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya di Tambun.

Kelima-lima yang ditahan dibawa ke Pulau Pinang dan kini berada di Balai Polis Seberang Perai Selatan.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Mustafa Abdul Wahab, yang dihubungi turut berada di Balai Polis seberang Perai Selatan sejak malam tadi.

“Kelima-lima mereka ini adalah 10 orang yang ditahan, pada pagi ini jam 11.00 pagi ini perkembangan selanjutnya akan dapat diketahui sama mereka akan ditahan untuk dibicarakan atau pun dibebaskan,” ujar beliau. – mks.<!––>

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s