MOHAMAD SABU DAN 16 YANG LAIN DIBEBASKAN DENGAN IKAT JAMIN

 

 

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) – Setelah menunggu hampir 12 jam di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, akhirnya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu bersama 16 yang lain telah dibebaskan dengan ikat jamin pada jam 9.30 malam tadi.

Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, masing-masing telah dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Gobalakrishnan dikenakan ikat jamin sejumlah RM3,000.

Selain itu dua orang yang didakwa telah dikenakan ikat jamin sejumlah RM1,000 memandang mereka masih di bawah umur, masing-masing berumur di antara 16 dan 17 tahun manakala bakinya dikenakan ikat jamin sejumlah RM2,000 seorang.

Kesemua ikat jamin berjumlah RM39,000 telah dibayar secara tunai di kaunter ikat jamin di pejabat pendaftar mahkamah B1 jam 8.00 malam.

Turut hadir sama Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi; Anuar Tahir,Ronnie Liu (DAP) dan para penyokong sekitar 50 orang beserta puluhan wartawan.

Sebelum itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail telah memohon supaya mahkamah menolak permohonan ikat jamin daripada para peguam Orang Kena Tuduh (OKT) dengan alasan kesalahan yang mereka lakukan adalah serius.

Namun setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak termasuk Peguam PAS, Hanipa Maidin yang mewakili Mohamad Sabu dan 10 yang lain, Peguam DK Ganesan (Gobalakrishnan) dan Ranjeet Singh (Tian Chua), Hakim Rozana Ali Yusoff menolak permohonan Ghani tersebut dan telah memberi keputusan kira-kira jam 7.15 malam tadi.

Bagaimanapun, kesemua 17 yang dibebaskan dengan ikat jamin akan dibicarakan pada 11 hingga 13 Februari tahun hadapan.

Kes yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen 2 itu bermula agak lewat kira-kira jam 4.31 petang memandangkan Ghani Patail sedang melakukan pendakwaan terhadap kes yang berbeza di Mahkamah Sesyen 1 berhubung kes penangkapan 5 peguam dan 4 aktivis yang melakukan perarakan di pusat membeli belah Sogo menuju ke bangunan Bar Council sempena Program Festival Hari Hak Asasi Manusia semalam. – mks.

(Untuk berita selanjutnya akan disiarkan di keluaran Harakah akan datang terbitan 16 Disember – 31 Disember)

¬†—————————————————————————————–

(Nota : 6 orang daripada 16 orang yang dibebaskan merupakan anggota Unit Amal. 5 darinya merupakan anggota Unit Amal Kedah dan 1 daripada Unit Amal W.Persekutuan)

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s