MISI BANTUAN BANJIR UNIT AMAL SELANGOR DI TEMERLOH DAN MARAN

Satu pasukan misi bantuan banjir daripada Unit Amal Selangor telah turun memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Maran dan Temerloh Pahang pada 15 dan 16 Disember lalu. Dengan membawa 2 buah bot, peralatan mencuci serta sumbangan dari orang ramai telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang dikatakan terbesar sejak 26 tahun lalu.  

Menurut jurucakap Unit Amal Selangor, Sdr Azri, pasukan pertama daripada Unit Amal Selangor telah tiba pada 15 Disember lalu yang mana misi tersebut diketuai oleh Pengarah Unit Amal Selangor, Sdr Hj Aszmi Anuar bersama 13 anggota Unit Amal Selangor. Seterusnya pada keesokan hari pasukan kedua yang diketuai oleh beliau dengan anggota seramai 9 orang telah tiba bagi meyambung operasi bantuan.  

Dengan berpandukan arahan daripada bilik gerakan banjir Maran, kesemua petugas Unit Amal Selangor telah diminta membantu membersihkan rumah-rumah mangsa selain menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terputus hubungan disebabkan beberapa laluan ditenggelami air.  Walaupun terpaksa mengharungi Sungai Pahang yang dilaporkan merbahaya, dengan bantuan bot-bot yang dibawa, segala amanah yang diberikan oleh penyumbang-penyumbang kepada mangsa-mangsa banjir telah dapat ditunaikan.  

Bagi mangsa-mangsa banjir pula, kehadiran pasukan Unit Amal Selangor disambut dengan penuh syukur memandangkan keadaan mereka yang diabaikan oleh pihak berkuasa.   

Menurut Azri lagi, Unit Amal Selangor akan terus memberikan bantuan tenaga kepada mangsa-mangsa banjir untuk peringkat seterusnya. Unit Amal Selangor telah melancarkan kempen untuk mendapatkan sumbangan dari orang ramai di seluruh negeri Selangor. Diharap kepada orang ramai yang perihatin kepada nasib mangsa-mangsa banjir dan ingin menyumbang bolehlah menghubungi Unit Amal Selangor melalui Setiausaha Unit Amal Selangor, Sdr Khairil Anuar (019-3887045).

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s