RAYUAN SUMBANGAN

Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang perihatin khususnya kepada yang tidak terlibat dengan bencana banjir agar dapat menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda di tiga buah negeri yang agak teruk ketika ini iaitu Johor, Pahang dan Kelantan. 

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom, setakat ini Jabatan Amal Malaysia telah menyeru kepada seluruh Jabatan Amal Negeri minggu lalu melalui khidmat pesanan ringkas (sms) agar membentuk pasukan misi bantuan Unit Amal yang boleh dihantar untuk menjalankan operasi bantuan di tiga buah negeri ini.   

Menurut Ustaz Jamsari lagi, setakat ini beberapa negeri telah menghantar pasukan untuk bantuan peringkat pertama iaitu bantuan makanan, pakaian dan kewangan. Beberapa buah bot juga telah dibawa untuk misi menyelamat serta mengahantar bantuan makanan kepada penduduk yang tidak berpindah ke pusat pemindahan. Untuk bantuan peringkat kedua pula, pasukan Unit Amal akan dihantar bagi kerja-kerja pembersihan kawasan rumah serta tempat-tempat awam. 

Berdasarkan laporan yang diterima daripada Jabatan Amal Negeri Kelantan, Johor dan Pahang, semua anggota Unit Amal yang terlibat telah bertiungkus-lumus selama hampir dua minggu membantu menjejak serta memindahkan mangsa ke pusat-pusat pemindahan. Selain menyelamatkan mangsa banjir, mereka juga terpaksa menyelamatkan harta benda mereka serta rumah yang ditenggelami banjir.  

Oleh yang demikian, Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat amat berharap kepada seluruh rakyat Malaysia yang perihatin agar dapat menghulurkan sumbangan kewangan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat serta sumbangan makanan untuk disampaikan kepada mangsa banjir. Selain daripada itu, kepada golongan korporat, Jabatan Amal Malaysia mengharapkan sumbangan untuk membeli beberapa peralatan seperti sampan sepanjang 15 kaki sebanyak 10 buah yang berharga RM 1,900.00 sebuah, serta penyembur air berkuasa tinggi (waterjet pump) sebanyak 15 buah yang berharga RM 700.00 sebuah. Kepada pihak yang sudi menderma, Jabatan Amal Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih.

================================================

Bagi sumbangan kewangan samada tunai atau melalui cek bolehlah dimasukkan kedalam akaun Bank Islam  atas nama :

 JABATAN AMAL MALAYSIA DPPP – No. akaun 14014010133669 

Selain daripada itu, sumbangan kewangan, makanan atau pakaian juga boleh diserahkan kepada Jabatan Amal Negeri-negeri seperti berikut : 

1)    Saripuddin (Pengarah Unit Amal W.Persekutuan)  – 019-3638570 

2)    Hj Aszmi Anuar (Pengarah Unit Amal Selangor) – 019-2568820 

3)   Mohd Sufian (Pengarah Unit Amal N. Sembilan) – 013-3589328

4)    Norkhalim Hj Sakib (Pengarah Unit Amal Johor) – 019-7722300

5)    Mohd Helmi (Pengarah Unit Amal Melaka) – 019-3439034

6)    Ust Zelani Nik Chik (Pengarah Unit Amal Kedah) – 013-35191260

7)   Zamarul Aini  (Pengarah Unit Amal Perak) – 019-5968786 8)

8) Ust Rosmadi Ramli (Pengarah Unit Amal Perlis) – 012-4554319

9)   Norazman Ishak (Pengarah Unit Amal P.Pinang) – 019-5057725

10)     Ust Rosli Abd Jabar (Pengarah Unit Amal Pahang) – 019-5057725

11)     Ust Shaiful (Pengarah Unit Amal Terengganu) – 019-9229158

12) Mohd Hafiz Musa (Pengarah Unit Amal Kelantan) – 019-9817327

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s