UNIT AMAL KERAH TENAGA BERSIHKAN KESAN BANJIR

 

RANTAU PANJANG, 26 Dis (Hrkh) – Kalau di Acheh pada Disember 2004, sukarelawan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) paling awal tiba bagi menyelamatkan mangsa-mangsa tsunami, manakala di Malaysia, Unit Amal turut memainkan peranan yang serupa.

Sayap kanan kepada Dewan Pemuda PAS itu turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di Johor tahun lepas. Dan baru-baru ini Unit Amal juga mengerah keringat membantu mangsa banjir di Kelantan.

Anggota Unit Amal Kelantan meredah arus deras bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir bersama wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat.

Dan dua hari lalu, sekali lagi anggota-anggota Unit Amal turun padang melaksanakan kerja-kerja amal membersihkan tempat yang terjejas teruk akibat banjir yang bermula di Rantau Panjang.

Seramai 150 anggota Unit Amal berganding bahu dengan 250 kakitangan Majlis Daerah Pasir Mas, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Bomba dan Penyelamat, anggota Nisa’ serta Briged Kebajikan Perdana Kelantan bergotong royong membersihkan kesan-kesan banjir di lima lokasi di Rantau Panjang.

Turut serta dalam program itu Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, Pengarah Unit Amal Negeri, Hafiz Musa (gambar), Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Redza Zain dan Setiausaha PAS Rantau Panjang, Abdul Aziz Yunus.

Mohd Ridza berkata, kesemua peserta gotong royong terbabit dibahagi kepada lima kumpulan termasuk kawasan pusat bandar, Kampung Kubang Chenak, Sekolah Menengah Agama (Arab) Al-Fauziah, Sekolah Menengah Arab Banggol Kulim dan pusat perpindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi.

Katanya, Anggota Unit Amal, Nisa’ dan Majlis Daerah Pasir Mas ditempatkan di Kampung Kubang Chenak dan sekitarnya.

Manakala MPKB-BRI membekalkan air untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan. Program separuh hari itu dirasmikan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamad.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa menghargai semua badan-badan bukan kerajaan terutamanya Unit Amal dan Nisa’ serta kakitangan kerajaan yang berkorban nyawa, masa, dan tenaga membantu mangsa-mangsa banjir.

Ketika air bah melanda baru-baru ini NGO tersebut membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir, mengagihkan bantuan dan menyerahkan daging korban kepada mangsa banjir di kawasan Parlimen Rantau Panjang dan Tumpat.

Sebanyak lima ekor lembu disembelih sempena Hari Raya Korban baru-baru ini di Rantau Panjang, manakala di Tumpat sebanyak lapan ekor termasuk disumbang Menteri Besar.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s