50 SUKARELAWAN UNIT AMAL JOHOR BANTU MANGSA BANJIR PAHANG

 

TEMERLOH – Seramai 50 orang sukarelawan Unit Amal Johor telah berlepas ke Temerloh, Pahang bagi membantu mangsa-mangsa banjir dinegeri tersebut yang dilanda banjir besar baru-baru ini.

Kumpulan pertama ini telah berkhidmat selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Disember lalu. Penghantaran sukarelawan seterusnya bergantung kepada keadaaan serta keperluan semasa, kata Pengarah Unit Amal Johor, Norkhalim Hj Sakib (gambar), disini.

Turut menyertai kumpulan pertama sukarelawan itu ialah Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil serta bebeapa pemimpin pemuda PAS negeri.

Menurut Norkhalim, memandangkan banjir sudah pun mulai surut dan kebanyakan mangsa telah pun kembali ke rumah masing-masing, maka misi Unit Amal Johor adalah membantu membersih rumah penduduk, masjid, balai raya dan juga sekolah. 

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s