WANITA, PUTERI UMNO HALANG JABATAN AMAL BANTU MANGSA BANJIR

 

  

 

RANTAU PANJANG – Aneh, banyak bantuan banjir diterima, tetapi ketika bantuan itu diagihkan kepada mangsa banjir ramai pula yang tidak terima. Begitu juga makanan yang dimasak tidak sempat dijamah ramai mangsa banjir.

Ke mana hilangnya bantuan tersebut yang ditempatkan di Sekolah Gual Tinggi, dekat sini ketika banjir melanda Rantau Panjang pertengahan Disember lalu. Angkara siapa.

Mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab melelapkan bantuan tersebut. Isu itu bukan sekadar cerita omongan, sebaliknya semua petugas pusat bantuan banjir berkenaan melihat sendiri apa yang berlaku.

Perkara yang sama juga disahkan oleh anggota-anggota Jabatan Amal Kelantan yang bertugas di pusat pemindahan tersebut, ketika banyak kampong di Rantau Panjang ditenggelami air bah, baru-baru ini.

Pengarahnya, Muhammad Hafiz Musa berkata, banyak bantuan yang dihantar termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Petronas ke pusat pemindahan banjir itu tidak sampai kepada mangsa.

Anggota-anggota Jabatan Amal Kelantan membantu mengangkat bantuan yang baru tiba ke pusat pemindahan. Tetapi hairanya ketika bantuan hendak diagihkan kepada mangsa, ramai yang tidak menerimanya.

Begitu juga dengan makanan yang dimasak petugas tempatan di situ tidak cukup. Ini menyebabkan kami terpaksa mengambil inisiatif sendiri membeli beras dan lauk kemudian dimasak untuk dijamu kepada ramai mangsa banjir yang belum makan.

“Perkara itu berlaku tiga hari berturut-turut sehingga menyebabkan kami berusaha mendapatkan bantuan lain termasuk Kerajaan Negeri untuk keperluan mangsa banjir,” katanya.

Beliau mendakwa Wanita UMNO dan Puteri mengawal semua bekalan makan yang tiba di pusat tersebut.Menurutnya mereka cuba mengawal pusat pemindahan tersebut dan mengenepikan sukarelawan lain termasuk dari agensi-agensi kerajaan yang berada di pusat terbabit.

Malah lebih mendukacitakan lagi mereka tidak mahu kami terus berada di situ dan mengarahkan selepas selesai mengangkat bekalan makanan yang tiba supaya keluar daripada pusat tersebut.

“Kami juga tidak dibenarkan bermalam di pusat pemindahan bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Namun kami tidak mengendahkannya kerana kasihan melihat ramai mangsa banjir yang terbiar,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, lebih mendukacitakan lagi apabila anggota Wanita dan Putri UMNO yang dikenali melalui vest yang dipakai mereka mengherdik anggota-anggota Jabatan Amal dan sukarelawan lain dari PAS.

“Sedangkan kami dating untuk membantu mangsa-mangsa dan bukanya atas tujuan politik. Mereka secara terang-terangan cuba berpolitik di tempat pemindahan banjir,” katanya.

Bairpun cuba dihalang, menurutnya anggota Jabatan Amal tidak berputus asa dan tetap dengan agenda menyelamatkan serta membantu mangsa-mangsa banjir sehingga ada di antara mereka terperangkap.

Katanya, seramai 100 orang anggota Jabatan Amal membantu mangsa banjir di Rantau Panjang dan ketika sambutan Hari Raya Aidiladha mereka turut beraya di situ.Anggota Jabatan Amal juga turut membantu mangsa banjir di Tanah Merah dan Tumpat, namun tidak berlaku kejadian seperti di Rantau Panjang.

“Keseluruhan seramai 250 anggota Jabatan Amal dari beberapa kawasan bertugas sepanjang banjir di enam pusat pemindahan ketika banir melanda,” katanya. Kekuatan anggota Jabatan Amal di Kelantan hamper 500 orang, di mana setiap kawasan mempunyai satu platun dengan 33 anggota.

Hafiz juga berkata, selepas banjir surut anggota Jabatan Amal sekali lagi turun padang membersih kesan-kesan air bah yang bermula di Rantau Panjang, Tumpat danKijang, Pengkalan Chepa.

Menurutnya Jabatan Amal turut bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir berulang. Sikap angkuh petugas UMNO juga berlaku di Kuala Krai apabila bantuan yang baru sampai hilang sebelum sampai kepada mangsa-mangsa banjir.

Perkara yang serupa juga pernah berlaku di Johor pada awal tahun lepas apabila petugas dari Kelantan cuba dihalang pemimpin UMNO tempatan ketika membantu mangsa-mangsa di negeri terbabit.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s