KANAK-KANAK HILANG : UNIT AMAL AKAN KERAH USAHA MENCARI

 

KUALA LUMPUR – Ekoran dari laporan akhbar Harian Metro hari ini, Jabatan Amal Malaysia akan mengerahkan anggota Unit Amal bagi membantu mengesan adik Sharlinie Mohd Nashar dengan menjejaki di kawasan yang berdekatan dengan lokasi tempat dilapor hilang sambil mengedar poster kepada orang.

Seperti kes yang berlaku keatas Allahyarham Adik Nurin Jazlin, Jabatan Amal Malaysia tidak mahu ianya berulang terhadap adik Sharlinie dan berharap orang ramai peka dan memberikan bantuan sekadar yang termampu dalam usaha mencari adik Sharlinie ini.

 

================================================================

 

Adik ghaib depan mata

Oleh Sarah Zulkifli

PETALING JAYA: “Ia berlaku terlalu cepat, tak sampai setengah minit selepas saya berpaling ke belakang sebelum menoleh semula ke depan, dia (Sharlinie Mohd Nashar) sudah tiada.

“Ketika itu, saya ada di belakangnya dengan menunggang basikal, manakala dia pula berjalan kaki di lorong perumahan untuk pulang ke rumah,” kata Sharliena, 8, mengenai adiknya yang hilang dipercayai diculik ‘lelaki kucing’, pagi semalam.

Kehilangan Sharlinie, 5, turut dikaitkan dengan perbuatan lelaki kucing berikutan tempat kejadian tidak sampai dua kilometer daripada tempat kehilangan Nur Fatiha Zaidi, 6, yang diculik sebelum ‘dipulangkan’ semula dipercayai dilakukan suspek sama, Isnin lalu.

Lelaki kucing turut dikaitkan dengan pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, tahun lalu.

Ketika kejadian jam 11.30 pagi semalam, Sharlinie dikatakan dalam perjalanan pulang bersama Sharliena, melalui satu lorong untuk pulang ke rumahnya di Taman Medan di sini, selepas bermain di taman permainan kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

Menurut Sharliena, dia dan adiknya yang lebih mesra dengan panggilan Linie sepatutnya ke kelas mengaji al-Quran selepas pulang dari sekolah jam 11 pagi, tetapi kedua-dua mereka ponteng untuk bermain di taman permainan.

“Saya pulang ke rumah melalui lorong perumahan teres dua tingkat selepas hampir setengah jam bermain di taman permainan bersama Linie. Adik yang berjalan kaki di hadapan saya ‘lesap’ secara tiba-tiba.

“Pelik rasanya kerana sebaik menoleh semula ke depan selepas melihat sesuatu di belakang, Linie dah tiada,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Petaling Jaya di sini, semalam.

Liena mendakwa, sebelum kejadian, dia ada ternampak seorang wanita sedang berjalan di lorong berkenaan.

Ibu mangsa, Suraya Ahmad, 28, berkata dia menyangka kedua-dua anaknya ke kelas mengaji al-Quran seperti hari lain dan terkejut apabila Liena pulang ke rumah beberapa minit selepas kejadian untuk memberitahu kehilangan Linie.

“Sebaik mengetahui kejadian itu, saya membuat laporan di Balai Polis Taman Medan, kira-kira jam 2 petang sebelum ke IPD Petaling Jaya,” katanya.

Suri rumah itu berkata, dia berdoa tiada perkara buruk berlaku pada anaknya seperti kes yang pernah menimpa kanak-kanak malang lain sebelum ini.

“Saya meminta orang ramai yang mengetahui di mana Linie berada supaya segera menghubungi saya atau suami, Mohd Nashar Mat Hussain di talian 016-2709096 atau 016-2583450,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, berkata pihaknya masih menyiasat sama ada kehilangan Sharlinie mempunyai kaitan dengan ‘lelaki kucing’.

“Bagaimanapun, berdasarkan taktik yang digunakan lelaki itu sama dengan kes sebelum ini, polis tidak menolak kemungkinan dia turut terbabit dalam kes terbaru ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan, Nur Fatiha dipercayai diculik seorang lelaki disyaki lelaki kucing yang menggunakan umpan kononnya meminta bantuan mangsa mencari kucing dan burungnya yang hilang ketika mangsa sedang bermain di Pangsapuri Desa Sepakat Sri Manja, Taman Medan, Petaling Jaya, Isnin lalu.

Mangsa yang terpedaya dengan helah lelaki terbabit kemudian dibawa menaiki motosikal sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Setapak Jaya, Kuala Lumpur, pada jam 7.45 malam. Orang ramai yang menemui kanak-kanak itu kemudian membawanya ke Balai Polis Wangsa Maju.

 

4 Comments

  1. kesiannye budakyg tak berdosa ni!
    kami akan bantu kanak-kanak ini sdaya upaya kamy

  2. asalammualikum…
    klu nk join boleh tak??
    macam mana nak join…okey la..

  3. […] sazrul on KANAK-KANAK HILANG : UNIT AMAL… […]


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s