UNIT AMAL DPPWP EDAR POSTER ADIK SYARLINIE

 

 

KUALA LUMPUR – Bagi menyahut seruan Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat diikuti seruan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi, Unit Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini telah turun ke Masjid Kg Baru, Kuala Lumpur bagi mengedarkan poster kehilangan adik Syarlinie Mohd Nashar yang hilang dan disyaki diculik.

Operasi yang bermula selepas menunaikan Solat Jumaat tengahari tadi dilihat mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang mana kebanyakannya melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa.

Selain daripada edaran poster di Masjid Kg Baru, Unit Amal Wilayah Persekutuan akan menyambung operasi lagi pada keesokan hari dikawasan-kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti di Jalan Masjid India, Chow Kit dan beberapa tempat lagi mengikut kemampuan yang ada.

Walaupun menyedari adik Syarlinie dilaporkan hilang di Petaling Jaya, tetapi tidak mustahil ianya akan dibawa keluar dari lokasi tempat mangsa dilaporkan hilang. Ini berdasarkan laporan akhbar tempatan yang mengatakan terdapat seorang individu yang terserempak dengan seorang lelaki yang hampir menyerupai suspek yang diburu pihak polis bersama seorang budak perempuan yang sedang menangis di Hentian Puduraya.

=========================================================

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s