OPERASI KEDUA UNIT AMAL DPPWP EDAR POSTER SYARLINIE

 

KUALA LUMPUR 12 Januari 2007 – Bagi menyambung edaran poster adik Syarlinie yang dibuat di Masjid Kg Baru semalam, Unit Amal DPPWP sekali lagi turun untuk operasi kedua mengedarkan poster tersebut kepada orang ramai. Diketuai oleh Pengarah Unit Amal DPPWP Sdr Saripuddin, operasi ini dibuat di sekitar perkarangan Masjid India dan Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Pada asal perancangan yang dibuat, Unit Amal berhasrat mengedarkan poster adik Syarlinie di sepanjang pasar malam Jalan Tuanku Abd Rahman bermula jam 5 petang tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran hujan turun dengan lebat bermula jam 4.50 petang sehinggalah reda sekitar jam 6 petang.

Walaupun operasi bermula agak lewat, sedikit sebanyak telah melahirkan rasa puas hati dikalangan anggota Unit Amal kerana poster yang dicetak sebanyak 1500 keping telah berjaya diedarkan kepada orang ramai disamping membuka mata orang ramai supaya peka terhadap isu sekeliling. Unit Amal DPPWP berharap, operasi yang dibuat ini dapat membantu menjejaki adik Syarlinie yang disyaki diculik sejak tiga hari lalu.

=========================================================

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s