ANAK PENOLONG SETIAUSAHA JABATAN AMAL NEGERI KEDAH MENINGGAL DALAM KEMALANGAN

 

AL-FATIHAH

 

Pada 15 Januari lalu, satu kemalangan jalanraya telah mengakibatkan seorang anak Penolong Setiausaha Jabatan Amal Negeri Kedah Sdr Mohd Aziz Kasim (gambar)meninggal dunia. Kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 10 malam di Padang Kulim ketika Allahyarham,  Mohd Farizan Mohd Aziz bersama dua orang rakannya dalam perjalanan ke Tembak.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku apabila kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki Allahyarham bersama rakannya terbabas dan terus meluru kedalam hutan berhampiran. Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua rakannya mengalami cedera parah dan telah dikejarkan ke Hospital Sg Petani untuk rawatan. Menurut Mohd Aziz, Allahyarham (17 tahun) merupakan anak sulung dan bekas pelajar Pondok Bandar Hilir, Sik. Setelah pemeriksaan di hospital selesai, Allahyarham dibawa pulang untuk dikebumikan keesokan hari.

Dalam pada itu sepasukan Unit Amal daripada kawasan Baling dan Sungai Petani yang menerima berita kemalangan tersebut telah hadir menziarahi Mohd Aziz yang lebih mesra dipanggil Pak Lang Aziz sambil membantu menguruskan pengkebumian Allahyarham. Turut hadir membantu urusan pengkebumian ialah beberapa pimpinan Jabatan Amal Negeri Kedah.

 

Nota : Saya mewakili seluruh pimpinan Jabatan Amal Malaysia DPPP mengucapkan takziah kepada Pak Lang Aziz dan berharap agar tabah menghadapi ujian dari Yang Maha Esa.

==========================================================

 

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s