CATATAN BERTUGAS UNTUK HIMPUNAN AMAN ANJURAN PROTES DI KLCC

 

Dr Hatta & Tian Chua sedang minum sambil membuat sidang media sebelum ditangkap

Unit Amal DPPWP & Srikandi menunggu diluar pagar IPK sehingga pukul 12.54 pagi untuk mengetahui perkembangan tahanan.

Peguam memberikan penerangan berhubung mereka yang ditahan

Peguam membawa masuk makanan untuk yang dibeli oleh penyokong yang hadir untuk diberikan kepada mereka yang ditahan

    catatan oleh : Mohd Shahraini Abu Sahid (Setiausaha Unit Amal DPPWP) 

Sabtu 26 Januari – Pada jam 1.50 petang tadi, saya memulakan perjalanan dari rumah saya di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor dengan menaiki motorsikal untuk bertugas bersama sahabat-sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan di KLCC dalam himpunan aman anjuran PROTES petang tadi. Seperti himpunan yang biasa dilakukan, Unit Amal diminta untuk mengawal keselamatan pimpinan dan peserta untuk memastikan tidak ada berlakunya sebarang gangguan samada provokasi dari peserta atau pihak polis.

Continue reading

Advertisements