PELANCARAN UNIT AMAL KETEREH

 

sumber : http://amalkelate.wordpress.com/

KETEREH 16 JANUARI – Lebih 40 orang ahli unit amal dari Kawasan Ketereh telah menghadiri pelancaran dan taklimat Unit Amal peringkat Kawasan Ketereh bertempat di Pejabat PAS Kawasan di sini. Majlis yang mengumpulkan ahli unit amal dari 3 DUN iaitu Melor, Kadok dan Kok  Lanas itu telah dirasmikan oleh Sdr Muhammad Hafiz Bin Musa, Pengarah Jabatan Amal Kelantan dan turut hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut Nik Mahadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Ketereh dan Muhammad Hanif Wan Ahmad, Setiausaha Jabatan Amal.

Program tersebut merupakan program teras Jabatan Amal Kelantan bagi tahun 2008 untuk menarik lebih ramai ahli dikalangan belia untuk menyertai unit amal. Sejurus selepas perasmian tersebut beliau berkata “Kursus-kursus asas seperti kawad, pertolongan cemas, menyelam, menyelamat dan sebagainya akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan unit amal setiap kawasan mempunyai kemahiran serta dapat memberi pertolongan dan bantuan dalam apa jua keadaan geografi.”

“Unit Amal harus memperbanyakkan kerja-kerja amal / kemasyarakatan bagi menaikkan imej unit amal dimata masyarakat sebagai badan beruniform yang beramal kerana Allah dalam membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya.

=========================================================

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s