HARI AMAL PAHANG

 

oleh : Johari Abd Wahid (Setiausaha Jabatan Amal Negeri Pahang)

Pada 3 Februari 2008 yang lalu, Jabatan Amal Negeri Pahang telah menganjurkan program Hari Amal Pahang yang bertempat di Parlimen Temerloh. 

Dalam program tersebut, satu majlis pelancaran Generasi ke-2 Unit Amal Kawasan Temerloh telah diadakan. Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Al-Fadzil Ustaz Rosli Abdul Jabar yang merupakan Pengarah Jabatan Amal Negeri Pahang.  

Dalam perasmian majlis tersebut, Ustaz Rosli telah memberikan ucapan serta taklimat kepada seluruh anggota Unit Amal yang hadir seterusnya memeriksa perbarisan anggota Unit Amal Kawasan Temerloh yang berjumlah seramai 35 orang.

Didalam ucapan beliau, Ustaz Rosli meminta semua anggota Unit Amal dapat menumpukan gerakkerja pilihanraya di peringkat DUN dan Parlimen.

Selepas majlis pelancaran tersebut, seramai 100 orang anggota Unit Amal seluruh negeri Pahang telah mengadakan operasi edaran risalah isu semasa serta kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada penduduk dikawasan perumahan dalam DUN Semantan. 

Operasi yang bermula jam 11.00 pagi itu tamat pada pukul 1.00 petang. Kemudiannya, semua anggota Unit Amal negeri Pahang telah diraikan dalam satu majlis jamuan kesyukuran kerana telah bertungkus lumus dalam operasi misi kemanusiaan membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda seluruh negeri Pahang pada bulan Disember tahun lalu. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah pimpinan PAS kawasan serta cawangan dan juga penduduk-penduduk sekitar kawasan Temerloh. 

Disebelah petang pula, satu perlawanan persahabatan Futsal diantara Unit Amal kawasan-kawasan telah diadakan di Padang Futsal Bandar Temerloh yang mana pasukan Unit Amal dari kawasan Maran telah menjadi juara dan naib juara jatuh kepada Unit Amal Kawasan Temerloh. 

================================================

 

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s