UNIT AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN LATIH REMAJA AKTIVITI LASAK

 

 

 

oleh : M.S Abu Sahid (Setiausaha Jabatan Amal Wilayah Persekutuan)

Pada 28 Mac lalu, Unit Amal DPPWP telah membawa seramai 20 orang remaja menjalani program Tamrin selama 3 hari 2 malam bertempat di Tanjung Malim, Perak. Dalam program tersebut, Unit Amal DPPWP telah membuat beberapa program tarbiyah disamping membuat program lasak.

Diantara program lasak yang dibuat ialah, rentas halangan, jungle tracking, ‘night walk’ dan burung hantu. Disamping itu, latihan kawad juga diadakan sebagai asas sebagai seorang anggota Unit Amal. Ini adalah bertujuan mendisiplinkan diri remaja terbabit.

Bagi program tarbiyah pula, remaja terbabit telah beri kefahaman tentang agama Islam antaranya konsep tawakkal dalam diri selain berserah diri kepada Allah dalam setiap ujian yang menimpa. Selain daripada itu, remaja terbabit dididik supaya mengutamakan konsep berjemaah dalam apa jua perkara.

Dengan bimbingan daripada Al-Fadhil Ustaz Aziz Arof selaku Naqib bagi usrah Unit Amal, para remaja terbabit telah mendapat suatu bentuk pengalaman yang lebih luas disamping ilmu yang bermanfaat.

 

 =============================================================

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s