PEMUDA PAS AKAN TUBUHKAN UNIT AMAL SARAWAK

KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) – Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat akan melakukan lawatan kerja sekaligus menubuhkan Unit Amal Sarawak bermula 8 hingga 11 Mei ini.

Pengarah Penerangan dan Penerbitan Jabatan Amal Malaysia, Mohd Aszmi Anuar (gambar) berkata, rombongan seramai 11 orang AJK Jabatan Amal itu akan diketuai Timbalan Ketua Pengarah 1nya, Juhari Usman.

Aszmi berkata, dalam lawatan tersebut, pihaknya akan menziarahi serta menubuhkan Unit Amal di Sebuyau, Lingga, Meludam dan Beladin.

Katanya, dalam lawatan tersebut juga pihaknya akan memberi penerangan mengenai fungi Unit Amal PAS sesuai dengan konsep Negara Berkebajikan kepada masyarakat Sarawak.

Selain itu katanya, Unit Amal akan turut menjalankan misi dakwah kepada penduduk di kawasan pedalaman.

GOTONG-ROYONG PERDANA SEKSYEN 7 BBB, SERDANG

 

 

sumber dari : http://amalselangor.blogspot.com

Gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk BBB dan JASA disertai oleh pelbagai agensi seperti Bomba, Rela, PKNS, Jabatan Kesihatan, MPKJ, Unit Amal, Kadet polis sekolah, Bulan Sabit Merah, sekolah Agama dan lain-lain lagi. Program telah dirasmikan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar selaku ADUN Bangi. Keseluruhan petugas yang terlibat seramai 200 orang dimana Unit Amal telah menghantar 20 orang petugas.