JAMBORI AMAL KEBANGSAAN AKAN DIADAKAN DI KUALA KANGSAR

 

Roy Rasul

 

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) – Jabatan Amal akan mengadakan Jambori Amal Kebangsaan kali ke-16 selama tiga hari iaitu bermula 30 Mei hingga 1 Jun ini.

Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Shahrani Abu Sahid berkata, jambori tersebut akan diadakan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak.

 

Katanya majlis perasmian akan dilakukan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan penutupnya pula disempurnakan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Jumlah peserta yang akan hadir ke Jambori berkenaan dianggarkan 1,450.

Pelbagai aktiviti diatur antaranya ialah gotong royong, sukan seperti paint ball, memanah, kawad kaki, sukaneka rakyat dan program derma darah serta rawatan kesihatan percuma.

Sehubungan itu katanya, semua Jabtan Amal Negeri dikehendaki menghantar seramai mungkin kontijen masing-masing bagi menyertai acara yang ditetapkan.

Para peserta hanya dikenakan bayaran RM5 seorang.

“Segala sokongan dan perhatian mereka amat kami hargai,” katanya kepada Harakah. – mks.<!–Iklan Teks

 

1 Comment

  1. assalamualaikum… salam ukhuwah..
    ade x maklumat tentang kawasan jamboree di sini contoh gambar2 kawasan2nya
    tapak perkhemahan atau sebagainya.. ana ada jugak try cari tapi tiada yg dapat membantu dgn jelas.. terutamanya gambar.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s