CATATAN HARI KEDUA LAWATAN KERJA ALP AMAL PUSAT KE SARAWAK

KSU

oleh : M.S. ABU SAHID (KSU Jabatan Amal Malaysia DPPP)

9 Mei 2008 (5.20 pg)

Selepas menunaikan solat Subuh, satu tazkirah ringkas diberikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 4, Ustaz Shaiful Ambiya Darusa kepada kami. Selepas dari itu kami mula mempersiapkan diri untuk dibawa ke Meludam oleh Azeez dan Faizol.

9 Mei 2008 (8.20 pg)

Azeez tiba dan memberitahu kami kena tunggu petang sikit baru boleh bertolak ke Meludam kerana Faizol ada urusan yang perlu diselesaikan. Setelah itu sebahagian daripada kami mengikut Azeez membeli sarapan dan sebahagian yang lain terpaksa menyambung tidur dan ada yang bersembang.

9 Mei 2008 (9.15pg)

Sarapan pun tiba dan kami makan bersama termasuk Azeez. Selepas sarapan Azeez minta diri untuk mencari sebuah kenderaan untuk membawa kami ke Meludam. Kami terpaksa lagi membuat aktivit sendiri. Ada yang sambung tidur, ada yang bersiar-siar di taman perumahan tersebut dan ada yang bersembang sehingga waktu tengahari sahabat yang bersiar-siar tadi pulang dengan membawa makanan tengahari dan kami makan tengahari bersama.

 

 

9 Mei 2008 (4.30ptg)

Azeez tiba dengan membawa sebuah van Ford Spectron untuk kami bawa dan sebuah kereta Proton Savvy yang akan dibawa oleh Azeez. 15 minit kemudian Faizol pula tiba bersama kereta Toyota Avanza kepunyaan dia. Tiga daripada kami menaiki kereta Azeez dan 2 orang menaiki kereta Faizol dan selebihnya menaiki van yang dipandu oleh salah seorang daripada kami. Selepas itu, kami mula bertolak untuk ke destinasi iaitu Meludam. Menurut Azeez, perjalanan ke Meludam dari lokasi adalah sejauh 250km dan kami akan bermalam di Sri Aman dahulu sebelum ke Meludam.

 

9 Mei 2008 (7.40mlm)

Kami singgah di pekan Serian untuk makan malam dan berjumpa Ketua Pemuda PAS Sarawak iaitu Abang Edy. Dia akan mengikuti kami bersama ke Meludam. Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Sri Aman.

 

9 Mei 2008 (11.40mlm)

Kami tiba di pekan Sri Aman. Kelihatan keadaan pekan sudah sunyi tetapi kami melihat ada beberapa buah pusat permainan snuker masih buka. Abang Edy membawa kami ke sebuah hotel murah kepunyaan kenalan dia untuk kami bermalam.

 

 

 

 

 

 

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s