CATATAN HARI PERTAMA LAWATAN KERJA ALP AMAL PUSAT KE SARAWAK

oleh : M.S ABU SAHID (KSU Jabatan Amal Malaysia DPPP)

Pada 8 Mei yang lalu, seramai 11 orang Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat atas arahan Ketua Pengarah, Ustaz Jamsari Marsom telah mengadakan lawatan kerja ke Kuching, Sarawak dengan tujuan untuk memperkenalkan Jabatan Amal atau Unit Amal kepada pemuda-pemuda PAS disana. Lawatan yang dibuat selama 4 hari bermula 8 Mei hingga 11 Mei ini diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah 1, Sdr Juhari Usman.

8 Mei 2008 ( jam 2.00 ptg)

Semua ALP telah tiba di Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut dan mula bertolak ke LCCT dengan menaiki 2 buah kereta yang dihantar oleh 2 orang sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan.

 

8 Mei 2008 ( jam 3.48 ptg)

Deligasi ALP Jabatan Amal Malaysia DPPP tiba di LCCT kemudian terus ke kaunter untuk check-in. Selepas selesai urusan, semua deligasi rombongan mendengar amanat serta pesanan daripada Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia DPPP, Ustaz Jamsari Marsom seterusnya bacaan doa.

 

8 Mei 2008 ( jam 7.40mlm)

Rombongan ALP Jabatan Amal Malaysia tiba di Lapangan Terbang Kuching.

 

8 Mei 2008 ( jam 8.10mlm)

Selepas urusan pemeriksaan dan pengambilan bagasi selesai, kami terus ke balai ketibaan untuk mencari Sdr Azeez (Pengarah Amal Sarawak) yang telah menunggu untuk menjemput kami. Sdr Azeez tiba bersama seorang sahabatnya bernama Faizul yang diminta untuk membawa kami. Selepas itu kami dibawa ke tempat penginapan kami di sebuah rumah yang dijadikan markas di kawasan perumahan Matang Jaya. Jarak perjalanan daripada Lapangan Terbang Kuching ke markas tersebut adalah sejauh lebih kurang 5 km. Setibanya di Taman Matang Jaya, kami singgah disebuah restoran untuk makan malam.

 

8 Mei 2008 ( jam 11.02mlm) 

Kami tiba di markas PAS Matang Jaya untuk bermalam sementara menunggu hari esok untuk ke Meludam. Lepas menghantar kami, Azeez dan Faizul pun pulang kerumahnya dan akan datang pada keesokan hari. Selepas solat Isyak, kami berbincang untuk aktiviti esok dan kemudian tidur.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s