CATATAN HARI KETIGA LAWATAN KERJA ALP AMAL PUSAT KE SARAWAK

oleh : M.S ABU SAHID (KSU Jabatan Amal Malaysia DPPP)

10 Mei 2008 (8.30pg)

Azeez membawa kami bersarapan di sebuah restoran berhampiran. Rupanya Abang Edy telah menunggu kami disitu. Sebenarnya Abg Edy telah maklum pada kami, yang mana pekan Sri Aman tersebut merupakan antara kawasan beliau bertanding pada pilihanraya lalu. Kebanyakan orang disitu kenal beliau. Selepas sarapan, kami pun bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan ke Meludam. Ketika sedang berkemas, Abg Edy menerima laporan ada sebuah tempat yang mana lokasinya merupakan laluan kami ke Meludam telah berlaku kebakaran bulan lepas. Sebuah perkampungan rumah panjang orang Iban musanah dalam kebakaran. Menurut laporan tersebut, penduduk disitu masih lagi bergotong-royong membuat rumah baru. Abang Edy memberitahu kami, dia ingin membawa kami melawat ke perkampungan tersebut sambil memberi sumbangan makanan seperti beras dan beberapa keperluan. Sumbangan makanan tersebut dibeli di sebuah kedai berhampiran hotel penginapan kami.

 

10 Mei 2008 (11.45pg)

Tiba di lokasi perkampungan orang Iban yang musnah dalam kebakaran. Lokasinya terletak di Pelasok. Kalau tak silap jaraknya sejauh kira-kira 60km dari Seri Aman. Sampai di lokasi tersebut, kebanyakan dari kami mula memainkan peranan bertemu penduduk sambil bertanya khabar dan mendengar cerita berhubung kejadian kebakaran di kampung mereka. Menurut mereka, kejadian berlaku disebabkan litar pintas dan seorang penduduk warga emas telah terkorban. Selepas daripada itu, segala barang makanan yang kami bawa dari Sri Aman di kumpul untuk diserahkan kepada ketua penduduk disitu supaya dibahagikan. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Meludam.

 

10 Mei 2008 (1.10 ptg)

Kami tiba ditempat yang bernama Pusa untuk menaiki feri yang akan membawa kami ke seberang sungai untuk ke Kg Meludam. Jarak dari Pelasok ke Pusa lebih kurang 30km. Sementara menunggu feri tiba, kami membuat aktiviti sendiri iaitu duduk disebuah gerai yang menjual kepak ayam panggang.

 

10 Mei 2008 (2.15ptg)

Kami tiba di rumah Pakcik Jeman di Kg Meludam. Pakcik Jeman merupakan ahli PAS di Kg tersebut. Setelah berehat seketika, kami dijamu makan tengahari dirumahnya. Selepas makan tengahari, lebih kurang seramai 15 orang penduduk kampung terdiri daripada pemuda dan beberapa penduduk veteran hadir kerumah Pakcik Jeman untuk mendengar taklimat berhubung Unit Amal. Penerangan tersebut telah diberikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr Juhari Usman dan dibantu oleh Timbalan Ketua Pengarah 2, Ustaz Zelani Nik Chik. Majlis tersebut dipengerusikan oleh Sdr Azeez sendiri iaitu Pengarah Jabatan Amal Negeri Sarawak. Selepas majlis penerangan selesai, semua penduduk yang hadir diberikan tshirt rasmi Unit Amal Malaysia beserta dengan borang keahlian untuk diisi oleh penduduk tersebut seterusnya menjadi anggota Unit Amal Malaysia. 

 

 

 

10 Mei 2008 (5.10ptg)

Setelah selesai urusan memberi penerangan serta pelancaran Unit Amal di Kg Meludam, kami pergi ke surau Kg Meludam untuk solat jamak ta’khir Zohor dan Asar. Walaupun berada di pedalaman, surau Kg Meludam tu ada aircond. Tak tahula siapa yang bagi kemudahan tersebut. Selepas solat, kami berpakat membeli makanan ringan dikedai bersebelahan surau untuk diberikan kepada kanak-kanak yang kami jumpa sambil beramah mesra dengan penduduk kampung. Selepas itu, kami kembali kerumah Pakcik Jeman kerana dipelawa untuk minum petang  pula. Setelah selesai, kami pun bersiap-siap untuk beredar dan kembali ke bandar Kuching untuk persiapan pulang ke semenanjung.

 

 

 

 11 Mei 2008 (12.18pg)

Kami balik semula ke markas PAS di Taman Matang Jaya, Kuching untuk berehat dan membuat persiapan pulang kesemananjung.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s