CATATAN HARI KEEMPAT LAWATAN KERJA ALP AMAL PUSAT KE SARAWAK

oleh : M.S ABU SAHID (KSU Jabatan Amal Malaysia DPPP)

11 Mei 2008 (6.30pg)

Selepas solat, kami berehat-rehat sambil mengemas barang-barang kami untuk persiapan pulang. Sebelum tu permintaan kami pada Azeez agar dapat membawa kami melawat sekitar bandar Kuching sambil membeli sedikit ole-ole untuk dibawa balik kesemenanjung. Memang Azeez telah mempunyai rancangan untuk membawa kami bersiar-siar walaupun kami tahu masa amat terhad.

 

11 Mei 2008 (9.20pg)

Azeez tiba untuk membawa kami ke Pasar Satok untuk membeli ole-ole dan cenderamata. Antaranya membeli ikan terubuk masin segar, kek lapis, sumpit berbagai-bagai lagi. Selepas kepasar Satok, kami singgah makan tengahari di sebuah restoran mamak dan kemudian kembali semula ke markas Matang Jaya untuk solat jamak. 

 

11 Mei 2008 (3.30ptg)

Azeez dan sahabat menghantar kami ke lapangan terbang Kuching untuk berlepas pulang ke semenanjung. Sebelum tiba di lapangan terbang Kuching, kami singgah di kedai cenderamata untuk membeli cenderamata. Selepas selesai, kami pun terus ke lapangan terbang. Sebelum memasuki balai berlepas, sedikit ucapan penghargaan yang diberikan oleh wakil dari kami kepada Azeez serta sahabat-sahabat yang terlibat sepanjang lawatan kerja kami. Selepas dari itu, setiausaha Dewan Pemuda PAS Sarawak turut memberi ucapan penghargaan kepada kami mewakili Ketua Pemuda PAS Sarawak.

 

 

1 Comment

  1. salam..
    saya sangat berminat dengan kerja amal nie…
    skrg nie..saya pun tengah buat kelab berkaitan dengan amal….tetapi belum tau lagi samada boleh pergi jauh…
    boleh bagi cadangan pada saya…


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s