GRIK (6 Jun 2008) – Selain daripada memberikan khidmat diluar negara seperti di china baru-baru ini, Jabatan Amal meneruskan khidmat baktinya kepada masyarakat dengan memberikan bantuan kepada masyarakat orang asli di Pos Ciong yang terletak ditasik banding Grik Perak. Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Perak dengan Kerjasama Jabatan Amal Negeri Perak.
Kehadiran rombongan daripada Jabatan Agama Islam dan Jabatan Amal Perak disambut meriah oleh penduduk-penduduk yang tinggal di Pos tersebut, pelbagai aktiviti bagi merapatkan ukhuwwah dikalangan penduduk yang telah diadakan seperti acara sukan bagi kanak-kanak dan dewasa. Sepanjang berada selama 3 hari 2 malam disana pihak urusetia program telah menyediakan makanan bagi penduduk-penduduk.
Turut bersama-sama rombongan itu juga ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Ustaz Norazli Bin Musa dan Ustaz Ridzuan Mohd Noor Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Pengarah Jabatan Amal Perak berkata aktiviti Kemasyarakatan seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa samada didalam negeri atau diluar negara dan beliau juga amat mengharapkan sumbangan daripada orang ramai untuk Jabatan Amal Perak menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
1 Comment
Comments RSS TrackBack Identifier URI
blh terangkan prosedur dan cara mahu mengadakan program kemasyarakatan di kg orang asli di tasik banding kerana saya bercadang membuat satu program bakti siswa di sana.