TAKLIMAT UNIT AMAL PARIT BUNTAR

 

PARIT BUNTAR, 22 JUN 2008 – Ahli Lembaga Pengarah ( ALP ) Jabatan Amal Negeri Perak meneruskan aktiviti “Round Kawasan” nya ke Parit Buntar setelah memberi taklimat pada sebelah pagi nya di Gerik.

Program yang bermula pada jam 9.00 malam itu telah dihadiri seramai 50 orang Ahli Unit Amal yang baru. Pengarah Amal Perak Zamarul Aini dalam ucapannya telah memberikan sedikit taklimat mengenai tugas-tugas keselamatan dan beliau berharap agar Unit Amal Parit Buntar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Ahli PAS dan masyarakat untuk menarik lebih ramai golongan muda terutamanya untuk bersama Unit Amal.

Dalam ucapannya yang penuh bersemangat pada malam itu juga beliau menyatakan bahawa Unit Amal ini juga adalah salah satu tenaga penting didalam PAS dan kita lah yang menjadi benteng utama “kalau apa-apa jadi pun kita lah yang dulu” ujarnya untuk memberi semangat kepada Ahli-Ahli Unit Amal Parit Buntar beliau juga pada malam itu mengharapkan agar setiap program-program yang dianjurkan oleh Jabatan Amal hendaklah disertai kerana dari situ kita akan dapat melahirkan golongan yang BERAMAL KERANA ALLAH.

Sessi penerangan berkenaan Fungsi dan Peranan Unit Amal telah disampaikan oleh Setiausaha Jabatan Amal Negeri Mohd Azuan Ismail dan kemudian diteruskan dengan sessi soal jawab. Program pada malam itu berakhir pada jam 1.25 pagi, dan program “Round Kawasan” ini akan diteruskan dari masa kesemasa ke semua kawasan yang berada di negeri Perak.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s