UNIT AMAL BANTU ‘SUMMER CAMP’ DI DUN TANJONG DAWAI

  

 

PANGKALAN HULU, 21 Julai (Hrkh) � Usaha membina sahsiah unggul di kalangan remaja perlu didokong oleh semua pihak dan bukan hanya disandarkan kepada institusi pendidikan dan ibu bapa sahaja.

Sehubungan itu, baru-baru ini satu program ala ‘summer-camp’ diadakan di sini melibatkan penyertaan 80 orang pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjong Dawai, Kedah.

Menurut Koordinator Program, Ustaz Mahizan Mat Lazim, program dua hari satu malam itu telah mendedahkan pembinaan motivasi dan jati diri muslim di kalangan remaja dalam persediaan menghadapi cabaran akademik dan kehidupan.

Ujarnya, pihak beliau turut mendapat kerjasama daripada Unit Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok (DPPKM) yang banyak membantu aktiviti ‘outdoor’ sepanjang program seperti menjelajahi Gua Gendang, riadah pagi dan slot setiakawan.

Jelas Ustaz Mahizan, kerjasama daripada DPPKM amat bermakna lebih-lebih lagi mereka telah memiliki pengalaman mengendalikan remaja untuk pembinaan jati diri melalui pengendalian Kelab Anak Soleh (KaSeH) sebelum ini.

Antara yang diadakan sepanjang program adalah slot ta’aruf, tazkirah, muhasabah diri dan sebagainya. – mks

<!–

–>

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s