‘HATI’ MENJADI FOKUS ALLAH SWI TERHADAP MANUSIA

ADAPUN bersuci (toharoh) itu termasuklah mensucikan tempat solatnya, maka tempat solat itu ibarat kulit yang jauh. Apabila membersih dan mensucikan pakaian untuk solat, ibarat membersih kulit yang hampir sedikit kepada seseorang.

Apabila seseorang mensucikan kulit anggota tubuhnya merupakan kulit yang paling rapat, namun janganlah lalai daripada mensucikan hati kerana ia merupakan hakikat tubuh dan jantung hati yang sebenarnya.

Oleh itu sucikanlah hati dengan taubat dan menyesali atas kecuaian yang telah dilakukan, bulatkan hati untuk meninggalkan kesalahan dosa selama ini dari-pada masa hadapan. Sucikanlah dengan bersungguh kerana hati manusia itu adalah tumpuan perhatian Allah SWT yang sebenarnya. Apabila hendak mendirikan solat mereka wajib memebersihkan tempat solat, pakaiannya dan juga anggota kulit daripada najis dan juga daripada hadas. Sayangnya hanya segelintir manusia yang memikir tentang membersihkan hati, pada hal hati adalah hakikat diri manusia yang menjadi tumpuan Allah SWT.

 

Oleh itu sebelum seseorang melaksanakan solat, hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mensucikan hatinya dengan taubat dan menyesal di atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan.

 

Jika pakaian terkena najis ia dikatakan sebagai pakaian yang tercemar, hati pula tercemar dengan dosa dan maksiat. Pakaian yang tercemar mudah untuk membersihkannya, tetapi adakah manusia sentiasa memikirkan hendak membersihkan hati apabila ternoda dengan dosa.

 

Jika anak-anak masuk ke rumah dengan kaki yang dicemari najis, segera diambil tindakkan memarahi atau memerintahkan agar segera membersihkannya. Apabila seseorang masuk kerumah Allah (masjid) dengan hati dicemari dosa, ketika itu apakah tindakan yang mesti dilakukan terhadap diri sendiri?

 

Hendaklah timbul perasaan malu kepada Tuhan kerana terlalu cermat terhadap rumah sendiri, sebaliknya tidak pula cermat apabila memasuki rumah Allah (masjid) sanggup membawa hati yang dicemari noda dosa.

 

Apabila seseorang bertemu rakannya dia akan terpandang wajahnya, tetapi Allah SWT apabila hendak melihat hamba-Nya akan dituju terus kepada hatinya.

 

Sesungguhnya hati adalah tempat tumpuan ilmu wahyu, taufik dan hidayah, adakah seseorang yakin hatinya sentiasa dalam kedaan suci di hadapan Allah SWT?

 

Adapun tujuan seseorang berpakaian adalah untuk menutup aurat. Menutup aurat itu melindungi tubuh badan segala kecacatan dan keburukan diri daripada dilihat orang. Kerana kulit yang zahir ini adalah tempat tumpuan pandangan manusia ramai terhadap dirinya.

 

Apa pula pendirian seseorang tehadap kecacatan batinnya dan rahsia sulit mencemar hatinya, yang tidak dilihat oleh manusia kecuali oleh Allah SWT.

 

Tidak munasabah seseorang berusaha memakai pakaian indah sekadar untuk melindungi kecacatan diri daripada pan­dangan manusia, tetapi tidak berbuat sesuatu untuk menutup kecacatan hati sanubari daripada perhatian Allah Taala.

 

Fikirkan dengan mendalam ketika hendak memakai pakaian, orang Islam berpakaian tidak sama seperti orang ramai berpakain. Kerana orang kafir pun berpakaian juga, tetapi waktu dia berpakaian dia tidak terfikir bahawa ada anggota batiniah juga perlu berpakaian.

 

Jika seorang Muslim berpakaian seperti orang kafir berpakaian hanya untuk menutup yang zahir saja, sedang batinnya terdedah bererti keadaannya serupa. Apabila serupa di akhirat kelak jangan marah kepada Tuhan jika sama-sama dihumban ke neraka.

 

Oleh itu segala kecacatan yang menjejaskan keburukan batin, himpunkan kedalam hati dan paksa diri agar menutupnya sebagaimana dia menutup kecacatan zahir dengan pakaian biasa.

 

Sayugia seseorang itu yakin bahawa yang boleh menutup dan melindungi kecacatan hati daripada pandangan Tuhan, adalah sikap malu kesal dan takwa kepada Allah SWT.

 

Jika seseorang berasa malu hendak keluar dengan berpakaian buruk dan compang camping, bagaimana mereka tidak berasa malu kepada Allah SWT ketika dia menghadap-Nya dengan hati dipenuhi pelbagai kekotoran dosa dan cemar dengan pelbagai noda.

 

Dengan cara mendedahkan segala keburukan noda dosa di hati, akan mencetuskan rasa gerun dan malu cara semula jadi yang dikurniakan Allah SWT. Sejak manusia dilahirkan semuanya dikurniakan Tuhan sifat malu dan takut serta gerun dan lain-lain sifat.

 

Tetapi sifat malu dan sifat-sifat lain ini sesetengah orang dapat merasainya, dan sesetengah jadi sebaliknya kerana terlindung dengan sampah dosa.

 

Oleh itu agar rasa malu muncul semula, sayugia mereka himpun semula segala cemar dosa di hati agar dengan dosa yang terpamer itu akan mencetus rasa malu dan takut kepada Allah SWT.

 

Perasaan malu gerun dan menyesal kepada Allah SWT amat penting supaya manusia tidak terbabas, menyimpang daripada jalan Tuhan hingga ke usia tua. Orang yang tidak solat sampai ke usia tua berpunca daripada tiada sifat malu dan gerun kepada Tuhan.

 

Diri manusia itu akan terasa hina di hadapan Allah SWT, apabila memasuki gerbang rumah-Nya (masjid dan mushalla) dengan hatinya dicemari noda dan dosa.

 

  

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s