HINDARI PERKARA YANG MEMBAWA KECELARUAN FIKIRAN

__________________________________________________________________

 

PERBINCANGAN seterusnya untuk mengatasi secara zahir kecelaruan yang membawa lalai ketika solat, ialah tidak mendirikan solat di tempat laluan manusia atau di tepi jalan. Begitu juga jauhilah tempat-tempat yang ada ukiran awan larat atau ayat-ayat al-Quran. 

Termasuk juga mengelak daripada solat di hamparan sajadah yang berbunga-bunga dan berwarna-warni, kerana ia akan menarik perhatian seterusnya mengganggu fikiran. Hamparan sajadah yang berbunga dan berwarna-warnia dicipta oleh bukan Islam, atau orang Islam yang jahil hanya memikirkan keuntungan semata-mata. 

Adapun sebab jenis batin yang boleh melalaikan hati ketika solat, situasinya lebih dahsyat lagi. Kerana orang yang bercabang cita-citanya dalam mengharungi lembah lembah dunia yang beraneka rupa, orang yang fikirannya berkeadaan begini sudah pasti tidak dapat tumpu kepada satu perkara. 

Orang yang fikirannya bercampur baur dengan persoalan mencari keselesaan hidup, di lembah kehidupan diduniawi pemikirannya akan berterbangan tidak menentu ke kiri dan ke kanan. Orang seperti ini jika solatnya diharapkan sempurna elok, hendaklah paksa seboleh-bolehnya untuk ingat kepada makna segala yang dilafaz dalam solat. 

Untuk membantu seseorang dalam perkara seperti ini hendaklah dia bersiap sedia sejak sebelum mengucap takbiratul ihram, supaya dia bertenang tidak gopoh gapah ketika hendak memulakan solat. 

Semasa bertenang itu mestilah berusaha untuk memikirkan kesibukan hari akhirat, pendiriannya ketika dia bermunajat berdepan dengan Tuhan. Dia berdiri bagaikan sedang berdiri di Padang Mahsyar supaya hatinya tunduk kepada kehebatan Allah SWT. 

Yang kedua apabila seseorang itu berdiri untuk solat, pada hakikatnya-dia sedang bermunajat terhadap Allah SWT. Apabila seseorang mengucap Allahu Akbar mengangkat takbiratul ihram, bererti dia telah memulakan percakapan dan berkomunikasi dengan Tuhan dalam keadaan amat mustahak.

Ketika seseorang sedang bermunajat hendaklah berkeyakinan bahawa ketika beginilah dia mesti mengingati Allah SWT. Jika dalam solat dia tidak mengingat Tuhan, apakah jaminannya di luar solat yang dia akan dapat ingat kepada-Nya. 

Hati diciptakan oleh Allah SWT untuk mengingati-Nya, orang yang lupa kepada Tuhan ketika solat hatinya tidak kosong begitu saja. Jika satu jam yang digunakan untuk solat dalam keadaan lalai, maka yakinlah dua puluh tiga jam baki kepada waktu solat seratus peratus dia lupa kepada Allah SWT. 

Mereka akan ditanya oleh Allah SWT; adakah dia hamba Allah SWT atau hamba syaitan? Jika dia berkata bahawa dirinya adalah hamba Allah SWT, jelaslah dia telah berdusta kerana ketika solat pun lupa pada Tuhan, lalu bagaimana dia hendak mengaku sebagai hamba-Nya. 

Seandainya seseorang dapat berfikir begitu, insya-Allah dia akan mendirikan solat sebagaimana dikehendaki supaya mengingati-Nya. 

Seseorang kena curahkan secara tuntas seluruh perkara dalam jiwa yang mengganggu dirinya sebelum dia memulakan solatnya, oleh yang demikian dia tidak akan membiarkan fikirannya dari sebarang gangguan perkara yang menyusahkan hatinya. Inilah perkara yang sangat berat dan sukar untuk dilaksanakan. 

Akhirnya sebelum dari mengangkat takbiratul ihram berusahalah kosongkan hati daripada sebarang perkara selain Tuhan, supaya hati perasaan dan fikiran dapat ditumpu sepe-nuhnya hanya untuk Allah SWT sahaja. 

Bagaimana seriusnya seseorang yang bukan saja berdiri solat di belakang imam, tetapi solat di hadapan Allah SWT satu Zat yang mengetahui segala rahsia yang tersembunyi dalam lipatan hati manusia. Semoga dengan cara begitu hati dan fikirannya tidak merayau dan lalai dari mengingati Allah SWT. 

Sekiranya tidak terawat juga penyakit hati yang lalai dengan ubat penawar ini, maka tiadalah penawar yang boleh menyelamatkan melainkan terpaksa telan julap dan buang segala anasir dalam perut yang jadi punca penyakit.

Julapnya ialah hendaklah perhati semula apakah benda yang mengacau fikiran, ke manakah fikiran yang tidak turut bersama ketika solat? Jika diperhati benar-benar sudah pasti ia merayau semula ke tempat yang menjadi tumpuan saban hari. 

Apabila dikenal pasti tempat hati merayau ketika solat, hendaklah dia mendenda dirinya dengan melupakan tempat yang sering dikunjunginya dengan cara tidak mengunjungi seperti lazimnya.Seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. suatu hari Nabi memakai ‘khamishah’ sejenis baju yang dihadiahkan oleh seorang sahabat berna-ma Abu Jahmin. Setelah memakainya ketika solat Nabi s.a.w. dengan pantas menang-galnya, memerintahkan seorang sahabat supaya mengembalikan semula kepada Abu Jahmin. 

Kerana pakaian itu berwarna dengan berjalur dan menarik perhatian Baginda ketika solat menyebabkan pemikirannya ke arah jejalur pakaian itu, setelah dikembalikan lalu dipesan kepada Abu Jahmin; jika hendak menghadiahkannya juga gantilah dengan baju yang tidak berwarna dan berjahit. 

Riwayat ini tidak bermaksud bahawa syaitan dapat mengganggu Nabi yang sedang solat, kerana syaitan telah ditakdirkan tunduk alah kepada Nabi s.a.w. Sengaja Allah SWTberi peluang kepada syaitan ganggu baginda agar Nabi rnenjadikan peristiwa itu untuk pengajaran kepada umatnya supaya berbuat demikian dalam perkara yang sama.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s