SINGKIRKAN ANASIR GANGGUAN KETIKA SOLAT

 

___________________________________________________________________

SEORANG sahabat, Osman bin Tolhah r.a. meriwayatkan suatu hari beliau mendirikan solat di dalam kebun kurma kesayangannya. Beliau terlihat seekor burung terbang di antara pepohon kurma dan tidak dapat melepaskan dirinya, disebabkan pagar kebunnya yang tinggi itu. 

Penglihatan Osman asyik mengekori burung yang terbang itu, menyebabkan beliau terlalai fikirannya padahal beliau sedang beribadat mendirikan solat terhadap Allah SWT. 

Osman berasa dukacita yang amat sangat atas fikirannya yang terlaiai itu. Dia mensifatkan kebunnya yang berpagar tinggi itu menyebabkan berlakunya peristiwa malang itu. 

Sebaik selesai melaksanakan solatnya yang terganggu itu, beliau segera pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan menceritakan apa yang telah terjadi kepada dirinya. 

Ekoran peristiwa itu beliau telah bertindak menyerah dan menghadiahkan kebun tersebut kepada Nabi s.a.w., agar baginda s.a.w. mensedekahkan kepada sesiapa yang dikehendakinya atau digunakan untuk mengukuhkan Islam atau tujuan apa pun juga. 

Meskipun beliau sedar bahawa solatnya yang telah cacat oleh lalai itu tidak dapat dibaiki lagi, sekurang-kurangnya jadi kifarah kepada dirinya, yang solatnya dilalaikan ketika diasyikkan burung yang berterbangan dalam kebunnya itu. 

Beliau bertindak begitu kerana berpendapat solatnya telah dicacatkan oleh kebunnya yang ‘menjadi perslnggahan burung meskipun solatnya itu tidak dapat diselamatkan dengan mensedekahkan kebun kurma tersebut. 

Menurut riwayatnya apabila kebun tersebut dijual oleh S.i vn I in.i Othman r.a., kebun kurma yang luas itu bernilai 50,000 dinar. Kebun kurma yang tinggi nilainya itu telah disedekahkan dengan rela hati, kerana yakin bahawa solat lebih mahal daripada kebun kurma yang luas itu. 

Inilah jihad seorang sahabat menjelaskan keikhlasan hatinya, menilai solat sebagai berharga tidak dapat dibanding dengan harta dunia.

Semahal mana nilai harta dunia yang terlepas daripada genggaman masih boleh dicari ganti, tetapi solat yang cacat sebab lalai menyebabkan tidak dimakbul Allah SWT, hanya padah buruk yang menanti pada hari akhirat. 

Memang berat untuk membuang segala perkara yang boleh mengganggu solat, tetapi lebih berat lagi jika solat yang akan dijadikan cagaran pada akhirat telah tidak diterima oleh Allah SWT. Sedangkan solat adalah suatu ibadah yang jadi cagaran di akhirat. 

Ada satu peristiwa lagi mengenai menyingkirkan anasir yang boleh mendatangkan gangguan ketika solat. Kisah ini berlaku kepada Rasulullah s.a.w. sendiri ketika memakai cincin emas (ketika itu emas belum diharamkan kepada lelaki). Ketika solat Nabi s.a.w. sering melihat cincin di jarinya hingga solatnya terganggu. 

Sebaik selesai solat Nabi s.a.w. segera mencabut cincinnya. Cincin emas yang sangat disayangi oleh kebanyakan manusia tetapi bagi Nabi s.a.w. cincin tersebut yang telah mengganggu dalam solatnya lalu segera dicabut tanggalkan daripada dirinya. 

Apabila seseorang mendengar seruan azan ketika itu sayugia dia membayangkan bahawa seruan azan itu seolah-olah malaikat Israfil sedang meniup serunai sangkakala pada hari kiamat, untuk membangkitkan semula seluruh manusia dari kubur dan dikerah untuk berhimpun ke Padang Mahsyar. 

Dalam suasana begitu tidak mungkin hati manusia akan ingat perkara lain. Huru-hara hari kiamat di Padang Mahsyar jika diingati lima kali sehari, insy-Allah boleh menyebabkan manusia jadi baik. 

Dalam suasana begitu, manusia tiada terpengaruh jadi pengikut syaitan bagi melakukan dosa, serta tidak mungkin lalai ketika solat. 

Ketika mendengar seruan azan oleh muazzin, maka hadirkan di hati situasi huru-hara laungan Israfil kerah manusia pada hari kiamat, hendaklah manusia sinsing lengan menggambarkan usaha bersungguh-sungguh sebagaimana bersungguhnya manusia setelah dikerah oleh malaikat Israfil berhimpun di Mahsyar pada hari kiamat. 

Orang yang bersungguh-sungguh menyahut seruan muazzin untuk tunai solat jemaah, sanggup tinggal semua kerja dan kepentingan duniawi demi panggilan itu. Orang itu tidak akan gopoh-gapah bangun dari kuburnya, kerana akan dijemput oleh Allah SWT sendiri dengan lemah-lembutnya pada hari pameran agung pada hari kiamat kelak. 

Pada hari pameran agung itu manusia akan menyaksikan segala amalnya yang buruk dan baik dilambakkan oleh Al­lah SWT. Ketika itu berdebar hati menyaksikan amalan sendiri dan mengetahui natijah baik atau buruknya amalan sendiri. 

Azan para muazzin itu hakikatnya adalah malaikat Israfil kerah manusia berhimpun di Padang Mahsyar untuk berdepan dengan Allah SWT. Ingatan pada Padang Mahsyar boleh mendatangkan kesan positif di mana seseorang pergi kc masjid untuk berjemaah bagaikan pergi ke Mahsyar. 

Ketika itu manusia tiada keinginan untuk himpun harta dan melakukan dosa kecuali amal untuk kebajikan akhirat.

 

 

 

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s