January 9, 2008
Categories: Makluman, Masyarakat, Misi Kemanusiaan, Unit Amal Perak, Video . . Author: jabamal . Comments: Leave a comment
TEMERLOH – Seramai 50 orang sukarelawan Unit Amal Johor telah berlepas ke Temerloh, Pahang bagi membantu mangsa-mangsa banjir dinegeri tersebut yang dilanda Continue reading
RANTAU PANJANG, 26 Dis (Hrkh) – Kalau di Acheh pada Disember 2004, sukarelawan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) paling awal tiba bagi menyelamatkan mangsa-mangsa tsunami, manakala di Malaysia, Unit Amal turut memainkan peranan yang serupa.
Sayap kanan kepada Dewan Pemuda PAS itu turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di Johor tahun lepas. Dan baru-baru ini Unit Amal juga mengerah keringat membantu mangsa banjir di Kelantan.
Anggota Unit Amal Kelantan meredah arus deras bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir bersama wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat.
Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang perihatin khususnya kepada yang tidak terlibat dengan bencana banjir agar dapat menghulurkan sumbangan Continue reading
Satu pasukan misi bantuan banjir daripada Unit Amal Selangor telah turun memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Maran dan Temerloh Pahang pada 15 dan 16 Disember lalu. Dengan membawa 2 buah bot, peralatan mencuci serta sumbangan dari orang ramai telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang dikatakan terbesar sejak 26 tahun lalu.
Oleh fezuljengka
Ketika pihak media mendedahkan kononnya penglibatan pihak NGO dalam membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Negara pada tahun ini sangat berkurangan berbanding di Johor tahun lepas, PAS dan sukarelawannya dari Pasukan Unit Amal yang telah terkenal dengan jolokan Tentera Merah mendahului pihak-pihak lain menghulurkan bantuan kepada seluruh mangsa banjir tanpa mempedulikan latar belakang pegangan politik.