MAKLUMAN PERTUKARAN ALAMAT BLOG JABATAN AMAL MALAYSIA DPPP

Dimaklumkan bahawa blog Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat telah bertukar alamat blog dari https://jabamal.wordpress.com kepada http://jabamal.blogspot.com seperti gambar dibawah.

 

Harap Maklum.

 

MOHD SHAHRAINI ABU SAHID
Ketua Setiausaha
Jabatan Amal Malaysia DPPP
07/09

Advertisements

RAKAMAN VIDE0 SEKITAR JAMBORI AMAL KEBANGSAAN KALI KE 16 DI KUALA KANGSAR, PERAK

oleh : M.S ABU SAHID (KSU Jabatan Amal Malaysia DPPP)

 

Ada 22 klip video yang dirakam sepanjang jambori.

Continue reading

CATATAN HARI KEEMPAT LAWATAN KERJA ALP AMAL PUSAT KE SARAWAK

oleh : M.S ABU SAHID (KSU Jabatan Amal Malaysia DPPP)

11 Mei 2008 (6.30pg)

Selepas solat, kami berehat-rehat sambil mengemas barang-barang kami untuk persiapan pulang. Sebelum tu permintaan kami pada Azeez agar dapat membawa kami melawat sekitar bandar Kuching sambil membeli sedikit ole-ole untuk dibawa balik kesemenanjung. Memang Azeez telah mempunyai rancangan untuk membawa kami bersiar-siar walaupun kami tahu masa amat terhad.

 

11 Mei 2008 (9.20pg)

Azeez tiba untuk membawa kami ke Pasar Satok untuk membeli ole-ole dan cenderamata. Antaranya membeli ikan terubuk masin segar, kek lapis, sumpit berbagai-bagai lagi. Selepas kepasar Satok, kami singgah makan tengahari di sebuah restoran mamak dan kemudian kembali semula ke markas Matang Jaya untuk solat jamak. 

Continue reading