GOTONG-ROYONG PERDANA SEKSYEN 7 BBB, SERDANG

 

 

sumber dari : http://amalselangor.blogspot.com

Gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk BBB dan JASA disertai oleh pelbagai agensi seperti Bomba, Rela, PKNS, Jabatan Kesihatan, MPKJ, Unit Amal, Kadet polis sekolah, Bulan Sabit Merah, sekolah Agama dan lain-lain lagi. Program telah dirasmikan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar selaku ADUN Bangi. Keseluruhan petugas yang terlibat seramai 200 orang dimana Unit Amal telah menghantar 20 orang petugas.

KETUA PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA BERSAMA UNIT AMAL SELANGOR LAWAT KELUARGA SHARLINIE, EDAR POSTER

 

 oleh : Azri Mohamad Arish

PETALING JAYA, 15 Januari 2008 – Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom (gambar)bersama seramai hampir 50 anggota Unit Amal negeri Selangor telah meluangkan masa melawat keluarga Sharlinie di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.

Continue reading

MISI BANTUAN BANJIR UNIT AMAL SELANGOR DI TEMERLOH DAN MARAN

Satu pasukan misi bantuan banjir daripada Unit Amal Selangor telah turun memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Maran dan Temerloh Pahang pada 15 dan 16 Disember lalu. Dengan membawa 2 buah bot, peralatan mencuci serta sumbangan dari orang ramai telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang dikatakan terbesar sejak 26 tahun lalu.  

Continue reading